From Blogger to WordPress

Hijrah ke arah yang lebih baik.

Semoga dipermudahkan urusan.

Aamiin.

Advertisements

Preparation for Along’s big day

Salam semua ๐Ÿ™‚
Hari Sabtu = hari bersama keluarga!ย 
Lama sangat tak berjalan shopping kain. Teruja iols sebab kakak ipar bakal bertunang dan bernikah tahun ni. KakMa terus offer diri jadi wedding planner tak bertauliah. Hahahahaha. Semua pengalaman kita, kita share ajelah. Tak best biar orang rasa susah sangat.
Since raya, aku dah drill Along tentang preparation nak bertunang, nikah dan bersanding. Antara yang jadi topik utama adalah :
  1. Pemilihan warna – ini paling penting untuk bakal-bakal pengantin. Once dah decide warna, hampir 50% masalah selesai. Seriosa! Kalau masih indecisive tentang warna, memang forever and ever lah stucked nak bincang pasal warna apa. Kalau boleh letak aje rainbow, tapi pening pulak. Hahaha.
  2. Design baju – Masa untuk belek majalah Pengantin! Takyah nak tengok yang latest sangat pun takpe. Tengok yang 5 tahun lepas pun ok, sebab biasanya design akan recycle semula, kan. Paling bagus, buat design yang classic. Tak ditelan zaman. MY BEST ADVICE : Jumpa tailor/designer kegemaran dahulu sebelum pergi beli kain (bagi yang mahu jahit sendiri dan tidak sewa di butik pengantin). Kenapa? Senang nak beli kain. Tidaklah berlaku kes kain tak cukup dan bakal pengantin kena pergi beli kain lagi pastu kain dah habis pulak dan frust lantas menambah kedut di muka pengantin. NO NO NO!ย 
  3. Hantaran – Berapa banyak nak bagi? Belah perempuan berapa, belah lelaki berapa? Haaa pastu, nak bagi apa? Senaraikan satu-satu, masa bertunang nak beri apa, masa nikah pula nak beri apa. Ada yang beri sekali harung masa bertunang, masa nikah cuma bawa mas kahwin dan hantaran dan bunga telur. Terserah pada pasangan yang sedang bercinta itu. Along buat 7 berbalas 9 untuk bertunang dan nikah.
Bagi aku, tiga perkara ini paling kritikal untuk decide, terutamanya tentang baju. Perkara berbangkit lain boleh dibincangkan dengan keluarga, seperti kad jemputan, catering, khemah, pelamin, dan lain-lain.

Ni hasil rembatan Along (di bawah pengaruh 55% oleh aku) kat Jakel petang tadi. Kami ke tailor di Kajang dahulu sebelum pergi beli kain. Bincang punya bincang, Along nak buat baju kurung moden untuk bertunang. Simple and sweet. Untuk nikah dah discuss juga dengan tailor, tapi belum beli kain lagi. Jadinya mula-mula kami cari material untuk baju tunang. Laceย + Chiffonย + Lining. I like! Jenuh juga melayan Darrell. Biasalah budak kecik kan. Janji semua orang happy ๐Ÿ™‚
Dah siap membeli material tunang, aku ajak Along tengok kain songket pula. Kat Jakel ada jual kain songket yang boleh beli dalam bentuk meter. Berapa meter pun ko nak pun boleh. Sebab Mak suka songket, dan nak Along bersanding pakai songket. Boleh je sewa custom kat butik pengantin, tapi biasanya akan ambik masa pula. Paling tidak pun 6 bulan, kan? Sebab dia nak kena sub tempat lain buat songket, then sub lagi untuk jahit. Manalah tidak dia minta 6 bulan baru boleh siap. Kalau hantar kat tailor, 2 minggu je boleh siap. Pilihan di tangan anda ๐Ÿ™‚
Pilih punya pilih, Along berkenan warna biru. Navy blue ke Royal blue ke KakMa tak tau nak beza. Yang aku tau, ianya cantik. Hehehe. Memanglah cantik sebab aku yang suggest. Macamlah aku ada share dengan Jakel pun hahahaha. Beli sekali harung untuk lelaki sekali. Ye lah, dah bersanding kenalah borong sekali untuk lelaki. Siap beli material songket tu untuk sampin dan tanjak untuk lelaki, dan kasut untuk Along. Tu diaaaa siapppp!
Semoga dipermudahkan urusan Along dari bertunang sampai hari kenduri. Aamiin.

Mi Kari Cina

Sejak bulan puasa teringin nak makan mi kari style orang Cina punya. Ada dua je option, sama ada pergi makan kat gerai orang Cina, atau makan kat Old Town. Ada lagi satu option sebenarnya, tapi kena pergi Taman U Skudai. Jauh sangat tu…

First time aku kenal mi kari style Cina ni masa makan kat Taman U. Gerai tu kat gerai sebelah pasar. Bakdin lah yang ajar. Ada beza mi kari yang orang Melayu buat dengan orang Cina buat. Mi kari Cina ni kuahnya lebih nipis, tapi full of flavours. Pastu ada tauhu rompong tu, fucuk goreng, the best fishball you can get, dan juga kerang. Rasa dia? Best in the world! Tu masa zaman belajar kat UTM, dah lama tak makan mi kari style begitu.

Malam tadi berkesempatan lah kami mengunjungi Old Town kat Bandar Baru Bangi. Kita hirup dulu! Alhamdulillah sedap seperti yang dijangka. Cumanya takde kerang. Aku ambil mini bowl Mi Kari, suami ambil Pan Mee Kari. Roti bakar untuk Darrell.

Alhamdulillah craving untuk mi kari style Cina dah boleh cross out dari list ๐Ÿ™‚

Salam Aidilfitri 2015

ย Salam semua! Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah sampai juga kita ke Syawal untuk meraikan kemenangan berpuasa sepanjang Ramadan. Menyambut raya di Meru dahulu, solat sunat Aidilfitri seawal 8.15 pagi, sebab nak elakkan rush untuk solat Jumaat. Pagi tu suami pula diserang sakit sebab batu karang dia pula, kesian nak kejutkan untuk pergi solat sunat. Mujur dia sendiri nak bangun dan pergi juga.
Antara yang ditekankan dalam khutbah solat sunat Aidilfitri kat Surau Darul Aman tahun ni:
  • Pergi beraya jangan bawa telefon! Kalau nak sangat main telefon, tak payah pergi beraya. Tuan rumah pun sama, jangan dok ngadap tepon aje. Kalau nak main telefon, takyah bukak pintu rumah. Dok aje kat rumah ngadap tepon tu.
  • Pergilah berziarah, sebab ianya adalah sunnah.
Sharing some family photos, kenangan di masa hadapan ๐Ÿ™‚

Di Rumah Warisan, Jalan Belimbing

Di Benjen Villa, Kg Bukit Durian, Melaka

Darrell kena cabut gigi?

Reception counter Klinik Pergigian Qaseh
Salam semua.
Dari hari Sabtu petang, dok merengek lain macam Darrell nih. Nak tido pun nangis-nangis, sakit gigi katanya. Memang tahu gigi geraham dia ada lubang, tapi dia tak pernah ngadu sakit. Semalam kaw kaw punya nangis kata sakit gigi. Kita pun tak tau nak tolong cemane. Babahnya pula kerja sampai petang. Mamanya nak bawak dia sendiri pergi dentist, bimbang tak larat nak bergelut pegang dia sementara doctor kerjakan gigi.
Jadinya hari Ahad baru kami visit dentist. Ada beberapa klinik pergigian yang boleh dipilih kat Bangi ni. Antara yang glamour di mata aku adalah Klinik Pergigian Lisa Alis (berdepan dengan PKNS Bangi), Klinik Pergigian Alan Adlan (Tingkat 1, sebelah D’One Steak, berdepan Seri Bangi) dan Klinik Pergigian Qaseh (Seri Bangi, berdekatan Kasih Ibu).
Aku berminat nak g klinik Alan Adlan. Tengok website pun menarik. Kat luar klinik dia pun ada tulis Dental Surgeon. Puteri pernah beritahu aku, kalau tak nak anak kecik trauma untuk pergi jumpa dentist, boleh buat appointment dengan dental surgeon so that dia boleh bagi “happy gas”. hehehe. Malangnya klinik Alan Adlan tak buka hari Ahad, jadi kami ke Klinik Pergigian Qaseh.
Doktor lelaki rupanya yang bertugas hari Ahad. Nampak muda, dan pandai juga ambil hati anak kecil. Doctor suruh Darrell nganga, aku yang ikut nganga hahahaha. Darrell nganga pun sebab nangis. Aku nganga sebab geram tengok Darrell bukak mulut kecik sangat. Hoh lah.
Alhamdulillah dah selamat ditampal gigi gerahamnya. Semalam buat belah kiri. Belah kanan ada jugak. Nanti kena jumpa doctor lagilah jawabnya. Kos tampal gigi = RM50. Reasonable lah kan. Alhamdullillah.
Babah Darrell cuba menghiburkan hati anak dengan bermain lampu.

Selepas ditampal. Babah yang ceria. Anak masih sayu.

Sekarang Darrell tengah adjust untuk makan. Pagi tadi bangun sahur saing ngan kitorang. Aku buatkan toast + cheese slice. Dia konon tak nak makan, dia cabut gigi katanya. Aku betulkan semula pemahaman dia, “Abang semalam tampal gigi. Kan dah elok giginya. Doctor kata jangan makan coklat. Makan roti takpe.” Lepas cakap macam tu, baru dia nak makan. Dan kena cakap camtu tiap kali nak suap makanan. #anakohanak

Shaklee National Conference 2015 @ MIECC

Hari yang dinanti telah tiba!
Memang excited sangat tunggu hari ni, nak dapatkan semangat untuk terus berbisnes dengan Shaklee. Mana tak semangat, nampak banner NC je terus snappy happy hihi!

Bercinta jugaklah nak cari parking, sebab parking penuh tak tentu hala. Bukan takat orang yang datang untuk NC, orang yang nak pergi The Big Bad Box Sale by Big Bad Wolf pun bertepek-tepek parking kat situ. Diorang ingat buat kat MIECC, sebenarnya kat MINES 2. Pusing punya pusing, dapat juga parking yang berdekatan dengan lif.

Tu diaaa gah betul stage tahun ni. I like sebab tak sesejuk venue last year (dan parking lebih murah hehehe) Last year aku g NC siap demam-demam. Tak tau lah sebab expectations atau terkejut sound system gedegung gedegang macam apa. Tapi style dia buat event memang macam ni, DJ pasang lagu cam kat disko. Event lah katakan.

Selfie sket…. ๐Ÿ˜€

Sambil tunggu event mula, kita tengok sikit apa ada dalam goodie bag. Nak masuk NC, kena beli tiket. RM30 je. Dapat beg guni Shaklee yang gojes ni, shaker dengan multipurpose container macam dalam gambar, 4 sachet Collagen Powder, YES booklet, pen, car sticker, road tax sticker. Memang lebih dari harga RM30 pun. Tak campur lagi dengan sharing daripada speaker. Berbaloi-baloi attend NC. Next year mesti pergi tanpa bayar RM30 ๐Ÿ™‚

Habis snappy-snappy, Puan Sumie pun datang. Takleh sambung snappy happy goody bag lagi hahaha. Puan Sumie ada, kita kena serius ye. Tak lama lepas tu, acara pun bermula.

Highlight hari pertama NC adalah Master Parade, pastu perasmian, diikuti dengan sharing daripada Masters dan juga penyampaian award.

Tahun ni majlis dibuka dengan persembahan b-boys elecoldxhot. wuu kakma suka kakma suka! Memang follow diorang masa 8tv Showdown zaman aku bebujang dulu. Sumie terbangak-bangak aje tengok aku excited sorang-sorang. Tapi, aku prefer tengok kat TV dari tengok live. Masa diorang perform pun aku tengok kat screen, lagi puas sebab nampak besar hehehe.

Sharing daripada Masters memang best. Kita ambil yang isinya ajelah ye, jadi pedoman hari muka. Bagi yang tak datang, memang takde feel pun kalau kita ulang cerita yang sama. Bila dengar live, barulah syiok. Tak paham ke tak paham? Next year g attend NC k? ๐Ÿ˜€

Award terakhir untuk hari Sabtu adalah New Master Award. Salah satunya adalah Master Aishah, di bawah susur galur PAF. Siap naik pentas hydraulic uols. Kellas gittew. Gayattt katanya kekeke. Congrats Aishah and Par, you guys really deserve it ๐Ÿ™‚ Semoga terus lahirkan leaders yang berkaliber.

Sebelum balik, beregar-legar kat ruang pameran dan beli a few Shaklee merchandise. Itu cerita lain hari lah ye. Hari ini kita cerita gambar di atas sahaja. Kebetulan nak amik gambar, tapi teman-teman semua dah pulang. Ada sorang Master dan family dia baru lepas bergambar kat situ. Aku pun muka manis-manis minta tolong anak perempuannya ambilkan gambar aku. Mr Victor pun sporting dok lepak-lepak situ offer diri ambil gembar bersama. Dah habis bergambar, aku cakap kat Mr Victor, “next year pergi sini ye?” sambil tunjuk gambar background. “Mesti semua orang pergi sini!”, balas Mr Victor. Awwww tak larat sangattttt.
2016, Shaklee Pleasenton. Ima bergambar kat situ!

Me time

Salam dan hai semua…

Korang ada “me time” tak? Waktu untuk korang buat benda yang korang suka, tanpa gangguan daripada sesiapa.

Aku jarang ada, sampailah semalam. Suami ada kerja di luar, anak tidur petang, dan aku baru beli buku Catatan Matluthfi oleh matluthfi90. Apa lagi, layan baca buku lah! Selama ni dok fikir, nak baca buku, nak baca buku. Tapi asyik terbuat benda lain je. Maklumlah surirumah separuh masa, kan, masa banyak kat pejabat aje. Time tu lah nampak baju kotor, time tu lah tergerak hati nak kemas almari lah, macam-macam. Jadinya semalam aku buat “buta” dan “pekak” kat semua benda, ambik buku, dan baca. Perasaan lepas habis baca buku? HAPPY SANGAT! Puas dapat buat benda lain dari biasa. Terus bersemangat nak teruskan hobi baru ni, iaitu membaca. Selama ni hobi adalah beli dan kumpul buku. Hehehehe.

Tak semestinya membaca buku je boleh dibuat semasa “me time” ni. Boleh juga berkebun herba, memancing, bertukang, melukis, baking, dan macam-macam lagilah. Aku belum teroka lagi cabang hobi yang lain, masih mencari keserasian. Cubalah adakan “me time” untuk diri sendiri. Setiap orang perlu masa untuk refresh.

Apa korang suka buat semasa “me time” korang? Atau apa korang akan buat semasa “me time” korang? (In case tak pernah ada “me time” sebelum ni) Share kat comment ye ๐Ÿ™‚

Salam sayang,
Ima Sulaiman

Kenangan wukuf di Arafah

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hari wukuf.
Hari betul-betul terasa sayu, teringat waktu memgerjakan haji pada tahun 2009. Memang unik pengalaman dan rezeki diberi Allah masa tu. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuaknar.

Selepas Zohor 8 Zulhijjah, kami dijadualkan untuk bergerak ke Arafah. Jemaah dari Malaysia memang biasanya diberi jadual sebegini untuk mengelakkan kesesakan di hari wukuf nanti. Cuaca mulai mendung. Semasa kami menaiki bas, hujan sudah mula turun. Alhamdulillah semua selamat menaiki bas walaupun hujan semakin lebat turun.

Sepanjang perjalanan kami dari Mekah ke Arafah,ย  hujan turun semahu-mahunya. Sudah tentu rasa istimewa, bumi Arab sangat jarang hujan turun! Disebabkan tiada sistem perparitan di Mekah, jalan raya seakan sungai. Semua air hujan berkumpul di jalan sahaja, mengalir entah hujungnya di mana.

Sampai di bumi Arafah, masih hujan tapi tidak selebat tadi. Langit masih mendung. Sesampainya kami di maktab yang ditetapkan, hujan dan jadi gerimis. Alhamdulillah. Kagum lihat semangat para petugas yang tetap setia membantu para jemaah walaupun dah lencun sebab menanti kami dalam hujan.

Memang Arafah disediakan dengan khemah dan kanopi, tapi bukan jenis untuk menghalang hujan. Tilam nipis yang sudah disediakan pun banyak yang basah. Aku tak kisah, sebab memang dah siap dalam minda dari kat Malaysia lagi, kat Arafah dan Mina aku akan tidur atas pasir yang dialas dengan karpet. Memang itulah yang aku dapat.

Malam tu kami bermalam dalam khemah tanpa lampu, ditemani nyamuk yang banyak dan keadaan yang agak panas. Juga kena kawal agar tak tertutup muka. Kenangan sungguh malam itu. Dapat jugalah lelapkan mata rehatkan badan.

9 Zulhijjah 1430

Kami menanti waktu Zohor untuk memulakan wukuf. Dimulakan dengan solat jamak takdim berjemaah, dan khutbah wukuf. Selepas tu kami berzikir sehingga waktu Asar. Tak terkata betapa heningnya waktu itu.

Semua hanya bertumpu pada Allah. Selepas waktu Asar, kami dibenarkan keluar dari khemah bila matahari dah tak terik sangat. Masa ni lah masing-masing berdoa sama ada sendiri atau bersama keluarga masing-masing.

Nak kongsi satu kisah di bumi Arafah. Abah yang cerita pada kami. Tiap kali aku teringat cerita ni, mesti aku menangis.

Kisah ini tentang seorang jemaah lelaki dalam kumpulan kami. Kami dinasihatkan untuk pack keperluan secara ringkas sahaja, muat dengan hand carry luggage sahaja. Namun seorang ahli jemaah ni memang tak reti nak travel light, sebab memang dia banyak keperluan nak bawak, supplements and all. Memang bukan hand carry luggage yang dia bawak, beg besar untuk baju yanh dibawaknya.

Masa dah selesai wukuf dan kami perlu gerak untuk mabit di Musdalifah, ahli jemaah ni mula risau, siapalah nak tolong angkatkan beg dia yang berat tu. Terus aje dia berdoa dan didengari orang disekitarnya, “Ya Allah, turunkanlah malaikat untuk tolong angkat beg aku ni Ya Allah.”

Memang makbul doa di tanah pilihan Allah. Seorang remaja berkulit hitam yang memang kerja di situ semasa musim haji, voluntarily tolong ahli jemaah tu angkat beg dia. Ditawarkan ganjaran wang, remaja itu menolak. Dia kata dia memang nak tolong. SubhanAllah.

Apa lagi yang kita nak sombongkan dengan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Alhamdulillah.

Selamat berhujung minggu dan Salam AidilAdha daripada saya sekeluarga.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway