Exercise journal : Day 3

Bismillah hirrahman nirrahim

Day 3:
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

Hari ni dah mampu buat 20 high knees tanpa gap between 10 and 10.

Push up pun better berbanding semalam, rasa lebih confident nak buat. Malam tadi minta tolong suami check posture untuk push up dan plank, he says ok. Darrell pun tiru jugak kita buat push up hahaha.

Plank pun ada improvement. Perut masih menggigil.

Sekarang rasa otot kat lengan ada sedikit lenguh. Hari ni tambah warm up sebelum rutin di atas. Dua hari sebelum ni lupa nak warm up dulu. Excited sangat kan nak bersenam. Hahahaha.

Semoga esok lebih cemerlang!

Ima Sulaiman

Advertisements

Exercise Journal : Day 2

Bismillah.

Day 1 : 60 high knees

Day 2 :
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

MasyaAllah aku tak reti nak buat push ups! Menggigil tangan ni haa. High knees ok dah, lepas study lebih tentang macam mana nak buat high knees dengan betul.

Plank tu tetiba rasa nak tambah, sebab tak berapa cemerlang dengan push ups. Tengok gambarajah plank cam best aje kan. Cubalah buat, menggigil perut KakMa! Mampu tahan 10 saat je, pastu nak tarik nafas dah tak mampu. Drama sangat orang yang tak pernah buat senaman “formal” camni kan hahaha.

Jom sihat dengan istiqamah!

Salam sayang,
Ima Sulaiman