Balik kampung hati girang

Salam semua ๐Ÿ™‚

Seronok pergi kerja pagi ni. Lapang semacam. Semua orang dok kat rumah ย tengah packing dan kemas rumah untuk raya agaknya. Hehehe. Tak ramai orang mulakan perjalanan waktu pagi rasanya. Biasanya orang tunggu berbuka, kalau jammed pun bolehlah makan-makan untuk hilangkan bosan, kan kan kan?

Kat timeline pun ramai dok update status, packing bag untuk balik kampung. Kebanyakannya serabut nak packing, tak tahu nak mula dari mana, rasa nak bawak satu rumah, mahupun baru nak basuh baju raya. hehehehe. Seronok membaca update orang lain, puan penulis ni bagaimana pula?

Pada aku, memanglah kena packing jugak. Bezanya, kena packing baju raya sekali. Kenapa bezanya pada baju raya? Sebab kami suami isteri memang setiap dua minggu sekali akan balik kampung. Kami amalkan begini sejak awal perkahwinan. Setiap dua minggu, akan balik Melaka iaitu kampung suami. Dua minggu kemudian, kampung saya pula di Klang. Kadang-kadang tu sebulan sampai 2 kali balik kedua-dua kampung, bergantung pada event yang ada.

Tahun ni jadi jarang sikit, sebab suami banyak dapat duty pada hari Sabtu atau Ahad. Takat nak balik kampung sehari je, tak best lah kan. Tak habis hilang penat, dah kena travel balik rumah semula. Capek deh. Ada sekali tu Mak (my MIL) merajuk kat kami sebab hampir sebulan tak dapat balik. Apakan daya suamiku kena bertugas hampir setiap weekend. Kesian Mak rindu cucu.

Tahun ni kami beraya di Klang dahulu, bagi rumah Mama meriah. Maklumlah adik beradik aku tak ramai. Sorang kat US, sorang kat Kajang, sorang kat Kepong. Terima kasih encik suami, gembirakan hati seorang ibu yang anaknya jauh beribu batu :’)

InsyaAllah lepas solat Jumaat, kami akan gerak ke Melaka pula. Harapnya masa tu traffic kat highway dah tak teruk sangat, sebab semua dah sampai kampung masing-masing dan sedang sibuk menunaikan sunnah menziarahi kaum keluarga. Jalan yang lapang untuk kami sekeluarga, Aamiin!

Malam ni mesti kemas rumah. Sebelum tu pergi masjid lah, Teraweh terakhir untuk tahun ini. Syahdunya.

p/s: Where’s my checklist?

Advertisements

Dapat duit raya sebelum raya, yeay!

Salam semua!
Alhamdulillah sempat sampai 27 Ramadhan dengan sihat. Alhamdulillah hari ni dapat duit raya daripada Shaklee! Duit raya? Ya, duit raya. Sebab masuk sebelum raya, kita panggil duit raya lah. Bulan-bulan lain takde raya, so kita panggil bonus bulanan ajelah. Hehehehe.
Setiap bulan dengan izin Allah, tanpa gagal, para pengusaha bisnes Shaklee akan dapat cash bonus daripada Shaklee pada 14 haribulan. Kalau yang buat bisnes secara part time, kami panggil bonus. Kalau yang berbisnes secara full time, itulah gaji bulan itu, kan? Manisnya bagi yang buat bisnes ni secara part time, hujung bulan dapat gaji kerja tetap, tengah bulan pula dapat bonus. Secara tak langsung kalau tengah sesak tu, memanglah lega kan.
Namun, untuk dapat duit yang buat kita rasa seronok ni, seperti kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Mana boleh duduk goyang kaki pasang aircond 16 darjah celcius tapi duit masuk kepuk-kepuk, kan? Mestilah ada usaha-usaha ke arah kejayaan yang mesti dibuat. Usaha-usaha ini pun biasanya melibatkan pembangunan rohani, skill dan juga komunikasi. Semua kena sama rata, sama kuat, sama berusaha. Barulah terasa manisnya pengorbanan ๐Ÿ™‚
Nak tau tak, dengan Shaklee, bukan takat untung runcit je yang boleh dapat. Bisnes yang dapat untung runcit biasanya macam kalau kita beli shawl kat Jalan TAR tu kan, sehelai RM10, tapi biasanya harga borong adalah RM2.50 sehelai. Jadi, untung runcit adalah RM7.50. Jual lagi banyak, dapatlah lagi banyak untung.
Sumber RM RM RM dengan Shaklee bukan setakat untung runcit, tapi ada lagi 5 cabang RM. Ini senarai sumber RM yang boleh didapati dalam bisnes Shaklee
  1. Retail Profit
  2. Personal Bonus
  3. Net Personal Bonus
  4. Leadership Bonus
  5. Car Subsidy Program
  6. Incentive Bonus
Sekali dah menjerumuskan diri dalam bisnes ni, mestilah kena grab semua cabang RM ni, kan? Untuk yang baru mula bisnes, paling tidak pun akan grab nombor 1 dan 2. Tapi ada aje yang dapat nombor 1, 2 dan 3 dalam bulan pertama berbisnes. Bila kita hendak, semua pun boleh jadi. I AM POSSIBLE!

Sepanjang May hingga Oktober 2015, Shaklee tawarkan YES (Young Entrepreneur System) yang membolehkan mereka yang baru join nak buat bisnes dalam tempoh 6 bulan ni boleh dapat side income yang ditambah dengan pelbagai insentif dan matching bonus yang lumayan. Juga disediakan business plan yang mudah diikuti, semuanya terpulang berapa RM yang kita nak pada tengah bulan depan.

Berminat nak dapatkan side income dengan modal permulaan yang rendah? Contact Ima melalui WhatsAppย +60166605816 atau email saya di ima367@gmail.com untuk set appointment. Raya ni pun boleh jumpa, insyaAllah.ย 
Saya dapat business leaders BARU hari ini!
Ima Sulaiman

Air Katira, minuman yang cuma muncul dalam bulan puasa

Salam semua ๐Ÿ™‚
Air Katira, atau kathira? Siapa pernah dengar nama air ni? SAYA! Siapa pernah minum air ni? BUKAN SAYA! Seriosa. Aku tak pernah minum air katira sebelum ni, walaupun duduk kat Johor dari Disember 1994 sampai March 2007. Tak pernah teringin pun nak minum. Tapi semua tu berubah pada Ramadan ini di sebuah gerai di hadapan Uniten….
Sebelum ni, aku memang biasa beli kacang pool kat gerai ni. Memang terbaik. Pada aku, kacang pool yang abang ni jual dah mirip sangat dengan kacang pool Hj Mahpool yang kat sebelah Balai Bomba Larkin tu. Takyah pergi JB dah untuk lepas rindu makan kacang pool. Hehehe. Abang yang buat ni asalnya dari Batu Pahat. Memang dah ada gerai tetap pun kat situ.

Pada satu hari Ramadan yang indah, aku teringin makan kacang pool. Menujulah aku ke gerai kacang pool ini. Wah, ada jual air pula lah sempena Ramadan. Ada air katira, soda bandung dan lemon asam boi. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aje aku pun order lah “Kak, nak air katira satu!” padahal tak pernah pun minum air katira. Aku tak tau apa nak expect. Aku confident order sebab tahu diorang memang orang Johor, jadi, takkan la tipu sangat kan air katira yang diorang buat. hehehe.

Tu diaaa air katira special, bandung soda, laici asam boi dan satu lagi tong katira diberi nama Kathira JDT (padahal sama je air dengan yang dalam tong Kathira Special neh kuikuikui)
Masuk waktu berbuka. Minum dengan bahagia. Darrell pun join sekali minum air kathira ni. Siap tambah lagitu. Tak pernah aku tengok anak aku bersungguh-sungguh minum air siap mintak tambah. Sebab warnanya kah? Sebab rasanya kah? KakMa pun tak tau lah.
Apa yang ada dalam air kathira yang so marvelous ni?
Yang aku dapat detect dan wujud dalam air katira ni adalah :
  • Cincau
  • kathira
  • selasih
  • barli
  • ais krim soda
  • warna hijau
  • susu cair
  • air
  • air batu
Aku tak pernah rasa air kathira yang glamour kat JB tu, so aku takleh nak compare. Sejak cuba sekali, hari-hari pun aku beli air kathira kat gerai ni. Sikit punya berhantu! Bagi yang nak cuba, silakan. Kat gerai penjaja depan Uniten, area tengah-tengah. Banner tulis kacang pool. Sebungkus kecil RM3. Bungkus besar RM4. Selamat mencuba ๐Ÿ™‚ Nanti share comment kat sini ye.
p/s: macam nak cuba air bandung soda pula hari ni. mih mih mihhhh

Pengalaman berteraweh sekeluarga di Masjid Sungai Ramal

Salam 1 Ramadan!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh berkat ini. Memang bersemangat sungguh berteraweh malam tadi, kami masing-masing mengheret anak pergi ke Masjid Sungai Ramal dan join kemeriahan sambut Ramadan dengan solat sunat teraweh.

Balik kerja je terus cari baju Melayu untuk suami dan anak. Semua kena cun, cantik, bersih untuk ke masjid. Darrell pun excited hari-hari pun lalu depan masjid, ni baru nak pergi betul-betul.

Masjid penuh! Seronok kalau setiap kali solat fardu pun penuh sebegini. Aku terpaksa dengan sengaja duduk luar, senang Darrell nak cari kalau dia meragam. Solat Isyak berjemaah Alhamdulillah Darrell masih behave. Lepas tu ada ucapan dan tazkirah daripada orang masjid. Malam ni ada moreh bubur lambuk yeay!

Tazkirah adalah tentang solat sunat witir. Mana yang lebih bagus, buat witir sejurus teraweh, atau buat witir semasa qiamulail?

Ada dua pendapat dari sahabat Nabi Muhammad (berselawatlah ke atas Baginda), iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Kedua-dua mereka adalah rapat dengan Baginda, maka kita boleh ikut contoh mereka. Saidina Abu Bakar mengamalkan solat sunat witir selepas solat sunat teraweh, kerana Abu Bakar adalah orang yang hati-hati, bimbang tidak terjaga semasa qiamulail. Menurut Saidina Ali pula, witir dikerjakan semasa qiamulail. Jadi, nak buat witir lepas mana-mana solat pun boleh, ikut kemampuan masing-masing.

Masjid Sungai Ramal buat teraweh 8 rakaat, diikuti dengan tazkirah dan solat witir. Maka solat teraweh pun bermula…

Sambil tazkirah diberi, kami yang duduk kat luar ni dihamparkan dengan carpet yang baru dibuka dari gulungan. Belah kanan jemaah lelaki, belah kiri masjid jemaah perempuan. Aku duduk dekat dengan pintu utama, bersebelahan dengan gulungan carpet yang agak besar. Nak mula teraweh ni, Darrell started whining. Darrell ni ada OCD sikit. Dia nak semua benda proper di mata dia. Jadinya kali ini, gulungan carpet tu adalah tidak proper di mata dia. Maka ibu mithali ini buka dan lipat sikit-sikit carpet tu supaya tidak bergulung lagi. Dah rata, baru Darrell happy dan sambung main. Ibu mithali ini jadi makmum masbuk untuk teraweh yang pertama. Tak perlu stress, ini kan solat sunat. Dapat berjemaah pun sangat seronok, kan? ๐Ÿ™‚

Solat teraweh yang kedua… Oh ada budak sebaya Darrell, nampak seperti nak main sama-sama. Oh tidak, dah mula tolak-tolak! Ibu mithali ini batalkan solat untuk selamatkan keadaan, namun anak sudah meraung. Huwaaaa… selepas tenang, ibu mithali ini sambung solat dan adalah masbuk lagi *peluh besar*. Mendengar suara anak syurga ini menangis, bapak mithali pun ajak kami pulang.

Maka pulanglah kami selepas 2 salam. Pergi moreh kat Restoran Yus. Balik rumah sambung lagi 2 salam selepas Darrell tidur. Selamatlah kisah kami teraweh di Masjid Sungai Ramal ๐Ÿ˜€

Best kan teraweh? Setahun sekali je dapat buat. Bulan lain takde teraweh. Jadi, rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini ๐Ÿ™‚

Salam Ramadan,
Ima Sulaiman