Muka berseri sewaktu hamil

Hamil dan bermuka pucat macam vampire?

Salam semua 🙂

Hari ni officemate tegur, “Eh Ima, kenapa muka you nampak pucat hari ni? Tengok perut sikit.” Apa kaitan tengok perut dengan muka pucat pun tak tau lah hahahaha. 

Perut makin ke depan, tapi muka makin pucat? Kasihan ibu mengandung ini. Hihihi.

Aku ni memang jenis tak suka pakai make up. Secalit bedak pun tak kuasa nak ku oleskan ke pipi gebuku ini. Time consuming for me. Allah beri rezeki terlewat bersiap nak ke kerja hari ni. Vitamins semua dalam beg balik kampung lagi. Malam tadi baru touchdown Kajang dari Melaka. Kelam-kabut punya pasal, semua pun kat rumah. Hati semangat waja nak mengajar, tapi badan lemau light-light. Pace kita ikut semampu kita ajelah ye.

Sebenarnya, antara sebab aku nampak pucat hari ni adalah sebab aku tak ambil multivitamin kegemaran aku pagi ni : Vita-Lea Iron Formula. Biasanya waktu pagi lepas sarapan, ambil dua biji Vita-Lea untuk tenaga tambahan. Pulaknya hari Isnin adalah hari aku ada kelas penuh. Pagi aje lab dah 3 jam. Petang ada kelas 2 jam. Habis kelas, melepek terus.

Kalau korang pun spesis tak suka pakai make up macam aku, pastikan makan makanan seimbang, minum banyak air, dan ambil vitamin yang boleh tampung kekurangan nutrisi dari pemakanan. Pilihan aku setiap hari, mestilah Vita-Lea Iron Formula daripada Shaklee.
Tips untuk bermekap untuk naikkan seri wajah >> http://pama.karangkraf.com/s-j/wajah-pucat-ketika-hamil-1.33472

p/s: Jangan sampai orang confused antara vampire dengan muka pucat korang ye….

Nutritional info of Vita-Lea

p/s lagi : Nak tau tak macam mana nak dapatkan Vita-Lea Iron Formula dengan PERCUMA? WhatsApp Ima kat +60166605816 untuk info lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat. Cepat, sebelum promosi habis!

Tips Ibu Mengandung
Tips untuk ibu mengandung 🙂

Advertisements

Asid Folik Penting untuk Ibu Mengandung

Salam semua.

Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya amalkan pengambilan asid folik semasa saya mengandung anak pertama dan kedua. Saya mendapat anak pada kehamilan kedua dan keempat. Kehamilan pertama dan ketiga saya tidak menjadi sebab blighted ovum. Blighted ovum ni berlaku sebab kerosakan DNA semasa persenyawaan. Sebenarnya tiada janin terbentuk, dan dalam kantung tu kosong. Ia boleh dikeluarkan secara D&C, ataupun keluar secara semulajadi. Untuk kedua-dua kehamilan dengan blighted ovum ni, saya tunggu ia gugur sendiri. Ia berlaku pada minggu 10 untuk hamil kali pertama, dan minggu 12 pada kehamilan ketiga. Selepas gugur, saya terus amalkan B-Complex yang mengandungi asid folik supaya rahim terus bersedia untuk mengandung.
Alhamdulillah selepas 2 bulan, saya kembali hamil. Siapa kata saya tak cuak nak mengandung lagi, bimbang diuji dengan blighted ovum lagi. Alhamdulillah mengandung kali kedua dan keempat ini menjadi dengan baik. Semuanya atas izin ALLAH jua. B-complex sangat membantu saya jadi lebih tenang dari segi perlakuan, juga dari segi minda sebab saya tahu saya dapat bekalan asid folik yang mencukupi setiap hari. Masa mengandung ni lah kita lebih ambil tahu apa yang menyebabkan kecacatan pada anak akibat kekurangan asid folik, sebolehnya kita elakkan dengan amalkan makan asid folik paling kurang 3 bulan sebelum mengandung.
Sekarang dah masuk trimester ketiga untuk anak kedua, saya masih ambil B-complex untuk maintain tenang sepanjang hari. Kena pandai kawal emosi, terutamanya bila menghadap anak-anak murid dan keluarga. Maklumlah, mengajar anak-anak murid dah masuk alam dewasa ni, dengan darah muda diorang lagi. Takkanlah kita nak guna kekerasan dalam kelas, kan. Kena kekal tenang gitu. Tambahan lagi dengan jawatan sebagai Head of Programme, awal semester memang students datang tak putus, masing-masing dengan masalah mereka yang unik dan tersendiri. Kalau kena jumpa 15 orang sehari, takkan nak naik angin 15 kali. Mahu kena darah tinggi pulak. Haa… kat sinilah B-Complex memainkan peranan. Diorang nak bagi masalah macam mana pun, boleh lagilah nak senyum dan gelak-gelak hiburkan hati sendiri 🙂

Biasanya digalakkan untuk ambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung dan sepanjang trimester pertama, namun tiada masalah untuk terus ambil B-complex sehingga habis mengandung dan sambung lagi semasa berpantang.

Mahukan masa hamil yang tenang dan menggembirakan? Jangan skip ambil B-complex setiap hari!
Dapatkan B-Complex Shaklee yang natural dan mendapat sijil halal dan juga diiktiraf KKM, yang sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam daripada Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mail : ima367@gmail.com
FB personal : Ima Sulaiman

Saya doakan ibu-ibu sekalian mendapat zuriat yang soleh dan menjadi tiket ke syurga. Aamiin.

Blog Reference:
Dr. Zubaidi – Anak Lahir Tiada tempurung Kepala http://drzubaidi.com/blog/anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd/
Dr. Zubaidi – Prenatal Vitamin Mana yang Perlu Dibeli? http://drzubaidi.com/blog/prenatal-vitamin-mana-yang-perlu-dibeli/

Monthly Check up di Klinik Desa Sungai Ramal

Salam semua 🙂

Dah masuk 24 minggu rupanya. Alhamdulillah. Pejam celik dah setengah tahun. Debbor nak bersalin! Klinik Desa Sungai Ramal ni klinik desa paling dekat dengan rumah. Free check ups, siapa tak nak kan? Syukurlah dengan kemudahan percuma yang ada 😀

Lepas hantar Darrell kat taska, baru aku g KD. Darrell tengah fasa tak nak pergi taska dengan bapak dia. Maka, ibunya lah yang kena hantar. Baiklah anak syurga.

Masa aku sampai, ada sorang sebelum aku hantar check up baby. Macam biasa lah, check urine, check berat, check blood pressure. HB tak check pulak hari ni. Mungkin sebab rekod baik. Awal bulan haritu HB aku 12. Cantik juga lepas aku amalkan ambil 2 biji multivitamin setiap hari.

Nak tunggu masuk jumpa nurse kedua yang lama sikit menunggu dan tertunggu. Layan ajelah. Aircond pun ada, cuma telefon yang mati. Ada satu family bawa anak sulung pergi check up. Suami dia sangat prihatin pada pemerhatian aku, isteri pula sebaliknya. “Dah letak buku? Dah letak number? Ni ke misi yang baik tu? Mana pergi misi-misi lama?” Isteri boleh pulak main telefon, suami tanya ada yang tak berjawab. Hahaha kenalah yin dan yang kan, baru melekat.

Ok, my turn jumpa misi! Misi check, aku naik 3.5kg dari last check up. Sepatutnya cuma naik 2kg, ni dah terlebih 1.5kg sudah. Oh ow…. Misi tanya aku makan apa, aku jawab happy sangat kot, makan pun banyak. hahahaha buat misi gelak aje. Misi tu pun jenis #MudahTerhibur macam aku jugak. Sikit-sikit pun leh gelak hehehehe. Siapa kata misi kerajaan semua garang. Misi kat KD Sungai Ramal ni mesra pelanggan tau.

So misi jadualkan beberapa pertemuan untuk check up dalam bulan ni. Cuma check BP, urine dan berat badan. Nak monitor kalau-kalau ada risiko pre-eclampsia. Ima yang susah naik berat, tak tau lah kenapa happyly naik berat pula ni.

Hujung bulan ni kena buat MGTT. Yikes!