Exercise Journal : Day 6

Bismillah

20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
20 crunches
(2 sets)

High knees, push up & plank : OK
Crunches : dah tau dah nak bernafas macam mana. Try and adjust. Tumpukan pada abs. Bayangkan abs berotot. Ye lah tu. Hahaha

Lepas habis two sets, rasa nak sambung tidur je hahaha. Walaupun nampak sikit, bila buat betul-betul, baru rasa kesannya kat otot yang kita tak pernah tahu kewujudannya.

Esok akan share tentang apa yang aku dapat setelah seminggu memulakan rutin baru ni. Tunggu……            

Ima Sulaiman

Advertisements

Exercise Journal : Day 5

Bismillah.

Semalam tak buat rutin sebab buat benda lain yang di luar rutin. Hari ni resume back, tapi buat belah petang lepas Asar tadi, and awesomeness continues B-)

Day 5
20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
(2 sets)
20 crunches

High knees : OK
Push ups : tambah lagi 10 berbanding Jumaat. First set ok. Second set ada semput sikit.
Plank : OK. Boleh tambah masa lagi esok.
Crunches : dah rasa ada 6 pack! Hahaha perasan mesti ada. Cuma tak tau nak ambil dan lepas nafas masa bila. Akan Google tentang benda ni.

Esok boleh cerita apa effect yang aku rasa selepas seminggu bersenam setempat ni.

Ima Sulaiman

3 tips atasi sengal otot dan sendi lepas bersenam – Exercise Journal : Day 4

Bismillah hirrahman nirrahim.

Mula rasa sengal selepas bersenam? 3 kunci : Warm up, omega-3, vitamin C.

Day 4 :
20 high knees
10 push ups
20 second plank
(2 sets)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-4! High knees makin lancar, Darrell pun tolong kira pagi tadi. I feel great! Push ups pun makin bagus, esok kita tambah jadi 20. Buat planking, Darrell boleh tadah muka tepi kepala aku. Pelik agaknya, nak kata sujud, bukan sujud. Apa-apa ajelah mak.

Cerita kat Ina, kawan opis ku, dia dok pelik kenapa aku beriya-iya buat push up segala, sebab semalam aku cerita kat dia tangan rasa lain macam sikit. Aku kata, nak sihat, nak tambah otot kat lengan, senang nak dokong Darrell. Hahahaha.

Semalam mengkaji kat Google, cari apa yang boleh buat untuk kurangkan sore muscle after exercise, ataupun delayed onset muscle soreness. Inilah yang aku alami kelmarin dan semalam! Disarankan untuk

  1. Buat warm up dan stretching sebelum mula senaman – CHECKED
  2. Makan makanan kaya omega-3 untuk elakkan radang (inflammation) pada sendi. Makanan kaya omega-3 : ikan salmon, chia seed, flaxseed, ikan sardin.  – CHECKED
  3. Makanan yang ada vitamin C, kerana vitamin C boleh bantu menyingkirkan asid laktik yang berkumpul dalam otot selepas bersenam dan bersukan. Cadangan makanan : brokoli, buah-buahan sitrus, nenas, lada benggala hijau. – CHECKED
When they say about omega-3 and vitamin C, I go to Shaklee of course! OmegaGuard kaya dengan omega-3 ultra tulin, dan Sustained Release Vita-C bekalkan 500gm vitamin C dengan perlepasan berkala, 100gram setiap jam. Sebelum atau selepas bersenam boleh ambil OmegaGuard untuk elak otot cedera, Vita-C selepas meal. Easy peasy wiht Shaklee supplements 🙂
Boleh contact Ima thru WhatsApp 016-6605816 untuk pertanyaan lanjut tentang supplements mesra senaman ni 🙂
Salam sayang,
Ima Sulaiman

Nak mula bersenam? 9 simple exercises for 2015!

Masuk tahun baru, aku memang azam nak tambahkan senaman dalam rutin harian. Tapi tak mampu nak jogging atau buat sukan yang lain, sebab time constraint. Apa solusinya? Kita tanya kawan-kawan kat FB.
Ini soalannya…
Ini jawapannya…
Aku pernah dengar tentang burpees, plank dan squat, tapi memang tak pernah buat lah. Ada jugak orang buat 30-day challenge untuk benda-benda ni, aku pun tengok ajelah, buatnya tidak.
Malam tadi sebelum tidur, ada pulak keluar rutin ni kat timeline. Cam menarik je untuk dicuba. Lagipun bukan banyak kali sangat (number of counts) yang kena buat. I must do this!
So pagi tadi sebelum iron baju sambil layan Darrell nak tengok Upin & Ipin pepagi buta, aku buat high knees. 60 kali. Sebab aku ingatkan kena buat 60 kali, rupanya 20 kali je. Yang lain-lain aku tak buat sebab dari malam tadi dah set nak buat 60 high knees.
10 kali, ok, boleh teruskan.
20 kali, kita rest jap.
Sambung lagi 10, 20, oh dah terasa peha makin berat!
Sambung lagi final 20, pace is slower, dan tamat.
Lepas tu rasa BEST sebab berjaya buat satu senaman. Tahniah Ima! Esok kita cuba set kat atas ni dengan lengkap.
Kat bawah ni semua hasil carian Google untuk senaman setempat yang disebutkan di atas.

High knees
Push up

Crunch

Plank

Wall sit

Lunge

Squat

Burpee

Jumping Jack
Wah meriah pulak kepelbagaian aktivitinya, walaupun semuanya hanya setempat.
Nak mula buat benda baru buat biar sikit-sikit tapi konsisten. Jangan nak buat semua sekali harung, tapi buat sekali aje hahahahaharammmm.
Malam ni boleh cuba lagi kalau tak zzzz sebelum masa. Teruja! Jom sama-sama sihat 2015 ni!
Salam sayang,
Ima Sulaiman