Kurangkan selsema tanpa ubat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Minggu ni Darrell terjangkit dengan kawan-kawan taska, kena selsema. Kesian tengok meleleh air jernih kat hidung. Dah beberapa kali buat minyak bawang putih ni untuk Darrell, Alhamdulillah tidur lebih lena dan selsema cepat hilang.
Dua je bahan nak buat minyak bawang putih ni. Bawang putih dan minyak. Boleh guna minyak zaitun, kalau takde, guna minyak masak.
 

Mula-mula bakar bawang putih tu, sampai keluar aroma yang harummm. Tak perlu buang kulit, bakar aje sekali dengan kulitnya. Agak- agak dah empuk, boleh matikan api.

Bawang putih rentung

Dah siap dibakar, lenyekkan bawang putih tu dalam satu bekas. Tambahkan minyak zaitun atau minyak masak lebih kurang 2 sudu. Dah siap untuk digunakan.

Tadaaa.. minyak bawang putih dah siap!

Macam mana nak guna minyak ni? Urut tapak kaki anak dengan minyak ni. Kalau lelaki, mulakan dengan kaki kanan. Jika perempuan, mulakan dengan kaki kiri. Tu yang mak aku ajar. Mula urut dengan tapak jari kaki, kelima-limanya. Tapak jari kaki adalah pusat saraf yang bersambung dengan pernafasan. Pastu seluruh tapak kaki, tumit, dan betis. Pastu urut kaki lagi satu.

Ni baru lepas urut si kecik, dah lena dah tidur. Semoga esok lebih sihat. Aamiin.
Bagi mereka yang dewasa pun boleh buat yang sama. Selesa! Boleh juga amalkan makan bawang putih mentah untuk hilangkan selsema. Bawang putih ni boleh bantu tingkatkan sistem imun, seterusnya bantu badan pulih lebih cepat. Pilihan saya? Mestilah Garlic Complex Shaklee 🙂
Garlic Complex
Garlic Complex
Semoga semua orang sihat-sihat belaka. Aamiin!
Advertisements

5 tips ringkas : Mudah Bangun Awal Pagi

Salam semua.

Sebenarnya dah tulis entry ni tadi, tapi tetiba phone hang, terus hilang entry tu. Allah nak aku tulis lebih baik, in shaa Allah.

Ok, ni nak share tentang tips untuk mudah bangun tidur. Awal tidur, awallah bangun, kan? Tapi ada gak orang tidur lewat, boleh je bangun awal gak. Ada gak tidur awal, bangun terlajak jugak. Apa nak jadi ni… hahahaha.

Kita mak-mak ni, bangunlah sejam dua lebih awal dari orang dalam rumah tu. Bukan untuk mula uruskan rumah, tapi luangkan masa untuk diri sendiri. Boleh qiam, baca Quran, baca buku, apa-apa sahaja untuk diri sendiri, sebelum mula layan keperluan ahli keluarga.

Ini lima tips aku nak share. Boleh mula apply malam ni. hehehe.

  1. Solat Isyak. Tidur lebih tenang dan aman bila dah solat Isyak. Tak ke kalau belum solat Isyak, pastu tidur dulu, mesti stress tidur tu sebab teringat-ingat belum solat Isyak. Lagi stress esoknya bangun dah Subuh. Wohop!
  2. Baca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Al-Ikhlas (tiga kali), Al-Falaq dan An-Nas.
  3. Baca zikir Fatimah. SubhanAllah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali.
  4. Berazam sekuat hati nak bangun awal pagi. Sebaiknya, sebut kita nak bangun pukul berapa, sekadar pendengaran sendiri. “Aku nak bangun pukul 4 pagi.” Kalau suami dengar pun bagus gak. Kalau dia terjaga dulu, boleh dia kejutkan kita, kan. Tapi kalau sampai jiran yang dengar….
  5. Ambil OsteMatrix, 2 atau 4 biji sebelum tidur. In shaa Allah tidur lebih lena dan berkualiti, juga membolehkan bangun dengan lebih fresh.

Itu sahaja tips untuk hari ni. Esok lusa kita berkongsi lagi 🙂

Selamat beramal!

Cara buang kahak anak secara tradisional

Ikhtiar cairkan kahak dengan OmegaGuard!

Macamni lah bila hantar anak g taska kan. Dah mak bapak kerja, nak minta tolong nenek jaga, jauh sangat. Jadinya hantarlah ke taska.

Darrell memang selalu aje kena selsema dan batuk, boleh kata tiap bulan. Bila dah bergaul ramai-ramai kat taska tu, ada aje yang sakit. Nak tak nak terbawak sekali kuman tu kat anak kita.
Bila dah lama kena batuk selsema, mulalah boleh dengar kahak berkumpul kat paru-paru, kan? Darrell memang ambil OmegaGuard setiap hari. Ni nak share petua untuk keluarkan kahak dari paru-paru secara tradisional.
Cuma perlu ada 3 barang sahaja.
1. Daun kacang botol
2. Kapur makan
3. Madu
Cara guna
1. Ambil sehelai daun kacang botol
2. Sapukan kapur makan di atas permukaan daun. Sapukan rata-rata, nipis aje. Tak perlu tebal sampai putih melepak.
3. Ambil sedikit madu, 2 atau 3 titik sudah memadai. Sapukan rata-rata atas permukaan daun.
4. Lekatkan di bahagian belakang anak, di antara tulang belikat. Selawat.
Biarkan sehingga kering. InsyaAllah anak akan tidur lena. Kahak akan keluar melalui najis.
Bila dah kering, jangan rentap aje. Sakit oii! Mak Darrell ni pernah tarik gitu aje sebab tak tau, abes kulit tertarik sekali. Ampunkan mak, nak. Basahkan daun tu sampai ianya tertanggal sendiri.
Sangat sesuai untuk mak-mak yang dah penat bagi ubat, dan yang bimbang nak bagi ubat kahak kat anak yang terlalu kecil. Boleh apply kat baby dan juga dewasa.

Petua ni dari keluarga Atuk Nenek Darrell kat Melaka 🙂

Mama kepada Darrell,
Ima Sulaiman
SID 882520
WhatsApp/viber 0166605816

Posted via Blogaway