5 item mesti ada atas meja Raya 2015

Salam semua 🙂

Mesti ramai tengah buat last minute preparation kan dah nak raya sangat dah ni. Biasalah tu. Dah minit-minit terakhir ni lah baru datang semangat beraya. Tambah lagi dah kumpul adik-beradik, tak terasa pun masa berlalu nak siapkan kerja. Ni aku nak share 5 item mesti ada atas meja pada musim Raya 2015. Paling tak pun, ada 4 kot. hehehe.

5 item mesti ada atas meja raya

1. Kuih Raya

Kuih Kapit Coklat dan Popia Simpul daripada #KrupKrap

Wajib adalah kan. Sambil sembang-sembang, boleh alas perut. Tenaga diperlukan untuk bercakap, bukan setakat hiasan je kuih raya tu. Boleh juga jadi tajuk perbualan, terutamanya kuih yang tuan rumah buat sendiri, atau yang menantu buat, atau kalau semua kuih pun “kuih tunjuk”, ia masih boleh jadi topik perbualan.

2. Bunga hiasan

Gubahan bunga daripada The Craft Potion

Sebab kebiasaanya orang perempuan suka bunga, dan juga kebiasaannya orang perempuan yang hias meja, jadi, akan ada bunga hiasan. Tak kisahlah sama ada fresh flowers, bunga daun getah, bunga kaca, ataupun artificial flowers, mesti ada kat tengah-tengah balang kuih tu, kan? Mama suka letak fresh flowers, bau pun harum dan segar je. Beli bunga kekwa kat Econsave, sejambak tak sampai RM5 pun. Tahan berhari-hari, dengan syarat kena tukar air setiap hari.

Tips nak bagi bunga segar tahan lebih lama. Satu, buangkan daun-daun yang ada pada tangkai bunga. Dua, campurkan satu bahagian air limau-lemon berkarbonat (contohnya 7up dan Sprite) dengan 3 bahagian air untuk bekas atau pasu nak letak bunga segar. Bunga akan tahan lebih lama, insyaAllah. Dapat tips ni masa nonton The Kitchen kat Food Network Asia channel.

3. Bekas basuh tangan

Gambar ihsan Google

Bila dah habis makan, mesti nak basuh tangan, kan? Tak pun lap aje kat baju raya? no no no. Tak elok gitu. Basuhlah sikit, bukan ke nak salam tuan rumah sebelum balik. Sebaiknya kita basuh tangan sebelum dan selepas makan. Kita tak tau kuman yang hinggap kat tangan kita. Amalkan kebersihan setiap masa.

4. Air minuman

Makan sudah, sembang sudah, mesti tekak jadi kering, kan? Paling popular kat rumah-rumah serata Malaysia ni mesti dihidangkan dengan air manis. Mesti. Sebab kita ada macam satu stigma kalau hidang air yang tak manis (baca: Air kosong) kita macam “terlalu” promosikan kesihatan atau kedekut. Jadinya, mestilah kita nak hidangkan yang terbaik (pada fikiran kita) iaitu air berkarbonat pelbagai perisa. Paling tidak pun, air berkordial. Ais di tepi. Ahhh segarnya…

Apa kata selain air gas dan kordial tu, kita sediakan juga air kosong. Kita beri peluang pada tetamu untuk pilih air yang mereka suka. Kalau rumah kita rumah ke-11 diorang ziarah pada hari tu, dan 10 rumah sebelum tu semua dok hidang air manis, bukankah air kosong adalah idaman tetamu? Haaa tu diaaa air kosong oh sedapnyaaaaa, kata tetamu di dalam hati.

Air ditapis dengan Get Clean Water Pitcher

Pilihan saya, letak aje water filter atas meja. Water filter atas meja? Ya, water filter. Mudah aje kalau ada Get Clean Water Pitcher. Isi air paip, tunggu sekejap bagi air ditapis, dah boleh minum air kosong yang sedap. Water pitcher ni pun leh jadi penyeri meja, sebab very der sexy chuols 😉

5. Tisu

Gambar ihsan Google

Last but not least, kertas tisu. Sesuai untuk lap tangan yang basah, bersihkan mulut si kecil yang comot, atau tapau kuih raya kegemaran. Kadang-kadang jadi sampah, terutamanya anak kecil yang baru nak asah motor skill diorang. Bertabah ajelah tuan rumah menceriakan tetamu yang datang, ok?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🙂

Advertisements

Mudahnya ada penapis air beralkali mudah alih!

pH test

Masa kat National Conference, ada beberapa booth disediakan untuk kita tengok dengan lebih dekat lagi produk-produk Shaklee, terutamanya dari Get Clean dan NutriWhite.

Ni salah satu test yang dibuat kat booth Get Clean products, untuk Get Clean® Water Pitcher
Ujian yang dibuat adalah untuk bandingkan tahap pH (rujuk gambar kat atas) untuk RO Water (kiri), air paip (tengah) dan air yang ditapis oleh Get Clean Water Pitcher (kanan). Daripada pH test ni, air dari penapis Get Clean dalam lingkungan 7.8 hingga 8.0, iaitu air beralkali yang selamat diminum oleh kita.

Pernah tengok pitcher ni tak? Memang seksi sekali tau. Sekali tapis, boleh muat lebih kurang 2liter. Sebab tak perlukan elektrik atau bateri, ia sangat mudah untuk diangkut ke mana sahaja.

Get Clean Water Pitcher Starter Pack

Dalam beg pun muat. Senang nak bawa ke mana-mana.

The sexy water pitcher, only from Shaklee!

Nak dapatkan penapis air yang best ni? Segera contact Ima secara WhatsApp di +60166605816 atau boleh e-mail ke ima367@gmail.com