Kenapa digalakkan bertadarus di bulan Ramadhan?

Tadi pagi sambil buat kerja, Kak Ila bukak radio IKIM.FM, ada segment Tarbiyah bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. Tajuknya adalah Ramadan Bulan Al-Quran.

Ada orang tanya soalan kat FB Ikim.Fm, tentang tadarus pastu update kat group WhatsApp, seperti yang ditanya oleh Siti Aziah.

dari FB Ikim.Fm

Antara isi huraian Ustaz Syed Nor Hisyam:

  1. Tadarus maksudnya sorang baca Quran, orang lain check. Pastu orang lain pula baca, then yang lain pula check.Β 
  2. Kalau tak khatam Quran, takpe ke? Ustaz kata, takpe. Paling penting, kita betulkan bacaan dan baca Al-Quran. Lagi bagus baca sekali dengan terjemahan. Terjemahan tau, bukan tafsir. Kalau tak faham terjemahan, lagi bagus. Boleh jumpa ustaz atau ustazah untuk huraian yang lebih lanjut. Bukankah lebih indah fahami Quran sebegitu πŸ™‚
Begitulah sedikit perkongsian tentang tadarus. Bila dengar ustaz explain, baru nampak betapa indahnya bertadarus di bulan Ramadhan. Nak khatam Quran boleh dijadikan personal target juga, namun tadarus tu kita ambil sunnah nabi.
Harapnya nanti akan ada video atau audio tentang tarbiyah ni kat website IKIM.FM. Check it out later, k? πŸ™‚
Indahnya Ramadhan!

Advertisements

Sembang Ramadhan

Hari ni hari terakhir untuk students buat add and drop subjects.
Biasalah, dah hari terakhir baru berminat nak add itu ini.
Layan ajelah dah itu tugas aku πŸ™‚

Tadi sementara nak process requests students ni, diorang tanya aku.
“Miss, how’s your Ramadhan?”
“Alhamdulillah, so far so good.”
“MasyaAllah I haven’t done much. It is already 9 Ramadhan right? Haven’t finished reading Quran.
Ramadhan we are supposed to be with family. My friends after their finals all go back to their family.”

KakMa senyum ajelah.
Dah korang dapat awal semester masa Ramadhan, nak buek cemano.
Jihad jugak nih.
Students aku ni international students.
Aku terharu sebab diroang tanya progress Ramadhan aku.
Pertama kali seumur hidup kot.

Alhamdulillah πŸ™‚

Kisah 8 Ramadhan

Sembang suami isteri lepas berbuka

Suami : Β Nipis betul. Boleh nampak Komtar
(Sambil tunjuk tumbler air yang berisi air Ribena Lemon buatan isteri)
Isteri : Untunglah boleh nampak Komtar, takyah susah-susah pergi sana
Suami : Kan dah ada Ribena sebotol tu, buatlah.
Isteri : Ambik rasa je cukup lah. Orang lain lagilah takde.

*Panggg! Isteri bayangkan dapat tamparan imaginary daripada suami*

Pengalaman berteraweh sekeluarga di Masjid Sungai Ramal

Salam 1 Ramadan!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh berkat ini. Memang bersemangat sungguh berteraweh malam tadi, kami masing-masing mengheret anak pergi ke Masjid Sungai Ramal dan join kemeriahan sambut Ramadan dengan solat sunat teraweh.

Balik kerja je terus cari baju Melayu untuk suami dan anak. Semua kena cun, cantik, bersih untuk ke masjid. Darrell pun excited hari-hari pun lalu depan masjid, ni baru nak pergi betul-betul.

Masjid penuh! Seronok kalau setiap kali solat fardu pun penuh sebegini. Aku terpaksa dengan sengaja duduk luar, senang Darrell nak cari kalau dia meragam. Solat Isyak berjemaah Alhamdulillah Darrell masih behave. Lepas tu ada ucapan dan tazkirah daripada orang masjid. Malam ni ada moreh bubur lambuk yeay!

Tazkirah adalah tentang solat sunat witir. Mana yang lebih bagus, buat witir sejurus teraweh, atau buat witir semasa qiamulail?

Ada dua pendapat dari sahabat Nabi Muhammad (berselawatlah ke atas Baginda), iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Kedua-dua mereka adalah rapat dengan Baginda, maka kita boleh ikut contoh mereka. Saidina Abu Bakar mengamalkan solat sunat witir selepas solat sunat teraweh, kerana Abu Bakar adalah orang yang hati-hati, bimbang tidak terjaga semasa qiamulail. Menurut Saidina Ali pula, witir dikerjakan semasa qiamulail. Jadi, nak buat witir lepas mana-mana solat pun boleh, ikut kemampuan masing-masing.

Masjid Sungai Ramal buat teraweh 8 rakaat, diikuti dengan tazkirah dan solat witir. Maka solat teraweh pun bermula…

Sambil tazkirah diberi, kami yang duduk kat luar ni dihamparkan dengan carpet yang baru dibuka dari gulungan. Belah kanan jemaah lelaki, belah kiri masjid jemaah perempuan. Aku duduk dekat dengan pintu utama, bersebelahan dengan gulungan carpet yang agak besar. Nak mula teraweh ni, Darrell started whining. Darrell ni ada OCD sikit. Dia nak semua benda proper di mata dia. Jadinya kali ini, gulungan carpet tu adalah tidak proper di mata dia. Maka ibu mithali ini buka dan lipat sikit-sikit carpet tu supaya tidak bergulung lagi. Dah rata, baru Darrell happy dan sambung main. Ibu mithali ini jadi makmum masbuk untuk teraweh yang pertama. Tak perlu stress, ini kan solat sunat. Dapat berjemaah pun sangat seronok, kan? πŸ™‚

Solat teraweh yang kedua… Oh ada budak sebaya Darrell, nampak seperti nak main sama-sama. Oh tidak, dah mula tolak-tolak! Ibu mithali ini batalkan solat untuk selamatkan keadaan, namun anak sudah meraung. Huwaaaa… selepas tenang, ibu mithali ini sambung solat dan adalah masbuk lagi *peluh besar*. Mendengar suara anak syurga ini menangis, bapak mithali pun ajak kami pulang.

Maka pulanglah kami selepas 2 salam. Pergi moreh kat Restoran Yus. Balik rumah sambung lagi 2 salam selepas Darrell tidur. Selamatlah kisah kami teraweh di Masjid Sungai Ramal πŸ˜€

Best kan teraweh? Setahun sekali je dapat buat. Bulan lain takde teraweh. Jadi, rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini πŸ™‚

Salam Ramadan,
Ima Sulaiman

Resepi ringkas : Telur Bersarang Roti Berkeju

Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua πŸ™‚

Hari ni rajin lebih, maka terciptalah sarapan. Hahaha. Nak habiskan roti, selalunya buat French Toast atau roti salut telur biasa tu je, hari ni inovatif sikit. Hihihi.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Keju keping
Butter atau minyak
Sedikit garam dan lada hitam (jika suka)


Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali leper. Letak sedikit butter.
2. Potong bahagian tengah roti guna pisau atau pairing knife. Nak buat bentuk bulat boleh, empat segi pun boleh. Lubang tengah roti ni untuk letak telur nanti.
3. Panggang roti atas kuali, lebih kurang seminit. Terbalikkan.

4. Pecahkan telur yang sudah dibasuh di tengah-tengah roti. Aku guna api paling kecik. Ni guna telur besar, tu yang melimpah-limpah hahaha.
5. Nak buat telur lebih cepat masak, boleh renjis air pada cover periuk camni, dan tutup kuali. Wap air akan bantu untuk mempercepatkan proses memasak tanpa perlu balikkan telur. Dapat teknik ni sebab nonton Food Network channel hehehe. Sesuai untuk orang yang suka telur goyang. Family aku tak suka telur lembik-lembik, jadi aku balikkan jugak.

6. Taburkan sedikit garam dan lada hitam sebelum telur masak atau sebelum balikkan telur.

7. Potongkan keju keping dalam bentuk memanjang. Nak letak sekeping terus pun boleh. Sebelum angkat, letakkan cheese strips ni atas telur. Haba dari telur akan cairkan keju. Yummm.
Alhamdulillah dah siap pun Telur Bersarang Roti Berkeju KakMa! Bolehlah cuba untuk sarapan atau brunch atau supper. Selamat mencuba!

Ima

Class for Business Leaders with PM Cery

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
31 January 2015, confirmed naik rank Supervisor. Setelah sekian lama tulis kat wallpaper phone, setiap bulan mesti update akan jadi Supervisor. Sejak April 2014. Setiap bulan mesti tulis kat phone “Ima SUPERVISOR April 2014”. Bulan berganti, maka status pun berganti. Tapi bulan lepas aku tulis “Ima SUPERVISOR Feb 2015”, Alhamdulillah dapat jadi Supervisor pada hujung January 2015. Mungkin tips nya kena tulis advance satu bulan πŸ˜‰
1 February, nampak PM Cery update poster ni kat page FTC. Mesti pergi ni! Walaupun masih fasa “eh aku dah jadi supervisor ke? dah jadi leader ke?”, aku mesej upline aku, Puteri, tanya ok tak aku pergi kelas ni. Mestilah mak suruh pergi kan. Awal bulan lagi tu, lagi mudah nak set next target, lagi mudah nak buat mindset ke arah masa depan yang lebih gemilang!
Syukurlah kelas awal pagi, sempat aku pergi sebelum aku punya kelas pukul 2. Style kelas ni adalah “grill sampai ko jawab”. Tembak tembak tembak apa basics marketing? Apa latarbelakang company? Apa product yang ada? Macam mana jaga customer? Tembak tembak tembak. I like! Tak senang duduk dibuatnya. Berdebar-debar nak jawab walaupun soalan simple. Sambil grill, sambil bagi tips how to improve more. Kena berlapang dada masuk kelas camni. Hati tisu kalu, remuk hati kena grill hahaha.Β 
PM Cery
Good experience to be among the leaders. Paling best sharing session lah. Aku kena tanya, macam mana aku jadi Supervisor? Dengan perasaan masih bercampur baur baru jadi Supervisor dua hari, aku jadi kelu nak menjawab. Aku register sebagai member Shaklee pada August 2012, dan mula berbisnes sekitar October – November 2013. Lebih setahun masa aku ambik untuk naik rank, macam upline aku kata, aku sentiasa buat walaupun UV naik turun bak gelora. Konsisten lah senang katanya. Beberapa bulan terakhir ni aku tambah lagi cara aku sharing, dengan update blog ni lebih kerap, dan juga tambahkan amalan rohani. Amalan rohani seperti solat dhuha, tahajjud, taubat dan witir, zikir, selawat dan istighfar, Alhamdulillah buat aku lebih kuat dalaman untuk hadapi banyak dugaan berbisnes. Bunyi macam cliche, tapi bila kita buat, baru kita rasa result nya.

Tengah nervouse kena interview dengan PM Cery!

Tengah buat target for Feb 2015. PM Cery check satu-satu. Mujur dah buat semalam dan present pada Puteri πŸ˜€

Memang best class buat kat Faizworld. Cukup selesa dengan warna hijau yang tenang juga kemudahan tandas, surau dan kids room yang disediakan. Paling best mestilah Tester Corner yang ada Cinch, Meal Shake, ESP, Performance drink dan pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.

Kalau nak sewa training room ni, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com

Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKEΒ 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre

Doakan aku terus sukses dan maju dengan bisnes Shaklee. Aku nak jadi Master Coordinator dan nak pergi Global Conference di USA pada tahun 2016! See u guys there!

Ima Sulaiman
Effective Supervisor February 2015

One week of exercise, apa aku rasa? I FEEL GREAT!

Bismillah.

Alhamdulillah dah seminggu bersenam, sesuatu di luar norma kehidupan seorang manusia bernama Ima Sulaiman. Will power tu penting, di samping ilmu, dan tak jemu untuk try and adjust. Alhamdulillah, memang rasa perbezaan sebelum bersenam (1 week ago) dengan selepas beberapa hari bersenam.

My top 3 findings on my new exercise routine of high knees, push ups, planking and crunches:

  1. Tak rasa mengantuk waktu tengahari. Biasanya after lunch mesti menguap macam hippo, pastu manja-manja nak tutup mata sekejap. Sebelum ni memang “qailullah” lajak setengah jam (or more… ooppsss…) Sekarang tak rasa pun nak tidur. Kalau tertidur pun masih terkawal.
  2. Aku rasa lebih tinggi. Mungkin sebab kerjakan upper body ni kan, selama ni membongkok je duduk atau berdiri. Bila diluruskan otot-otot semasa push ups dan plank, terasa lurus je belakang ni, campur dengan sore muscle haritu lah. Kalau duduk atau berdiri membongkok, lagilah sakit kan. hehehe.
  3. Rasa lebih yakin. Sebelum ni, rasa macam impossible je aku nak bersenam. Sekarang, dah takde dah rasa camtu. Rasa nak cuba routine lain pula. Dalam senarai ni pun tak semua aku buat lagi. There are still room for improvement. Chayok Ima!
Kalau tak tahu nak buat apa tahun ni untuk improve diri, cubalah bersenam. Ikut saranan kerajaan, 20 minit sehari, 3 kali seminggu. Routine yang aku buat sekarang took me around 5 to 10 minutes. OK lah kan as benginner, dan aku buat hari-hari. Lepas ni bila tambah lagi routine, mungkin kena letak 1 off day. Yeay!
Cabar diri anda, buat sesuatu yang lain. Hargai sihat sebelum sakit. Good luck!
Salam sayang,
Ima Sulaiman

Exercise journal : Day 3

Bismillah hirrahman nirrahim

Day 3:
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

Hari ni dah mampu buat 20 high knees tanpa gap between 10 and 10.

Push up pun better berbanding semalam, rasa lebih confident nak buat. Malam tadi minta tolong suami check posture untuk push up dan plank, he says ok. Darrell pun tiru jugak kita buat push up hahaha.

Plank pun ada improvement. Perut masih menggigil.

Sekarang rasa otot kat lengan ada sedikit lenguh. Hari ni tambah warm up sebelum rutin di atas. Dua hari sebelum ni lupa nak warm up dulu. Excited sangat kan nak bersenam. Hahahaha.

Semoga esok lebih cemerlang!

Ima Sulaiman

Exercise Journal : Day 2

Bismillah.

Day 1 : 60 high knees

Day 2 :
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

MasyaAllah aku tak reti nak buat push ups! Menggigil tangan ni haa. High knees ok dah, lepas study lebih tentang macam mana nak buat high knees dengan betul.

Plank tu tetiba rasa nak tambah, sebab tak berapa cemerlang dengan push ups. Tengok gambarajah plank cam best aje kan. Cubalah buat, menggigil perut KakMa! Mampu tahan 10 saat je, pastu nak tarik nafas dah tak mampu. Drama sangat orang yang tak pernah buat senaman “formal” camni kan hahaha.

Jom sihat dengan istiqamah!

Salam sayang,
Ima Sulaiman

Nak mula bersenam? 9 simple exercises for 2015!

Masuk tahun baru, aku memang azam nak tambahkan senaman dalam rutin harian. Tapi tak mampu nak jogging atau buat sukan yang lain, sebab time constraint. Apa solusinya? Kita tanya kawan-kawan kat FB.
Ini soalannya…
Ini jawapannya…
Aku pernah dengar tentang burpees, plank dan squat, tapi memang tak pernah buat lah. Ada jugak orang buat 30-day challenge untuk benda-benda ni, aku pun tengok ajelah, buatnya tidak.
Malam tadi sebelum tidur, ada pulak keluar rutin ni kat timeline. Cam menarik je untuk dicuba. Lagipun bukan banyak kali sangat (number of counts) yang kena buat. I must do this!
So pagi tadi sebelum iron baju sambil layan Darrell nak tengok Upin & Ipin pepagi buta, aku buat high knees. 60 kali. Sebab aku ingatkan kena buat 60 kali, rupanya 20 kali je. Yang lain-lain aku tak buat sebab dari malam tadi dah set nak buat 60 high knees.
10 kali, ok, boleh teruskan.
20 kali, kita rest jap.
Sambung lagi 10, 20, oh dah terasa peha makin berat!
Sambung lagi final 20, pace is slower, dan tamat.
Lepas tu rasa BEST sebab berjaya buat satu senaman. Tahniah Ima! Esok kita cuba set kat atas ni dengan lengkap.
Kat bawah ni semua hasil carian Google untuk senaman setempat yang disebutkan di atas.

High knees
Push up

Crunch

Plank

Wall sit

Lunge

Squat

Burpee

Jumping Jack
Wah meriah pulak kepelbagaian aktivitinya, walaupun semuanya hanya setempat.
Nak mula buat benda baru buat biar sikit-sikit tapi konsisten. Jangan nak buat semua sekali harung, tapi buat sekali aje hahahahaharammmm.
Malam ni boleh cuba lagi kalau tak zzzz sebelum masa. Teruja! Jom sama-sama sihat 2015 ni!
Salam sayang,
Ima Sulaiman