Seronoknya berpantang dan rasa sihat

Salam semua 🙂

Hari ni saya nak share pengalaman saya berpantang dengan supplement Shaklee, terutamanya VIVIX. Saya berpantang pada Januari 2013 di rumah Mama saya. Selain postnatal set, saya add on juga VIVIX. Maklumlah kelahiran yang pertama, kalau boleh semua nak tip top. Alhamdulillah, memang tak salah pilihan saya dengan add on VIVIX disamping set postnatal yang saya ambil.
Antara yang dapat saya rasakan adalah saya rasa lebih cergas walaupun malam kena bangun beberapa kali untuk susukan anak. Cergas yang rasa nak jalan laju-laju. Mama pesan, jangan jalan laju sangat! Seram agaknya tengok anak dia jalan laju sangat. Nanti terlanggar apa-apa, ibu berpantang juga yang susah. Hehehe.
VIVIX diperbuat dari buah dan sayuran berwarna ungu
Selain tu, Alhamdulillah dikurniakan juga susu yang cukup untuk baby sepanjang tempoh berpantang. Badan pun takde sengal-sengal sangat walau kerap bangun duduk sebab nak susukan anak sambil duduk. Pendek kata, memang puas hati lah ambil VIVIX semasa berpantang walaupun hanya minum satu sudu kecil sehari. Sikit, tapi POWERFUL!
Ini screenshot testimoni pengguna VIVIX semasa berpantang. enjoy!
Mahukan berpantang dengan sihat dan ceria bersama si kecil? Jangan lupa amalkan VIVIX setiap hari semasa berpantang. Jadilah ibu berpantang yang kuat, cergas dan ceria!
Hubungi Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mel : ima367@gmail.com
hari ini juga! Saya tunggu pertanyaan anda 🙂
Advertisements

Sihat sebelum sakit

Salam semua.

Masih mood raya, kan? Aku pun sama. Duduk je kat office sejak Rabu, tapi hati tertinggal kat kampung. Teringat balang kuih raya berisi kuih tat dan kerepek-kerepek kegemaran, bertukar-tukar cerita terkini dan yang akan berulang setiap kali raya. Oh seronoknya….

Dalam pada raya ni, ramai pula yang cari peluang untuk tambah duit. Anak-anak tambah duit dengan terima duit raya. Mak Bapak pula camne? Diorang boleh juga “tarik duit” dengan berkongsi cerita dan pengalaman sendiri. Masa berziarah ni lah paling sesuai untuk bertanya khabar dan juga berkongsi kisah.

Antara topik yang hangat diperbualkan adalah topik kesihatan. Baru je jatuh sakit, bile check tau tau aje dah cancer stage 4. Innalillah. Tak termasuk yang sakit-sakit “biasa” seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi.

Raya baru ini kami sekeluarga juga berkesempatan ziarah saudara belah suami yang diserang stroke. Anak yang bongsu pula sedang alami jantung berlubang. Baru beberapa bulan usianya. Semoga segera sembuh kedua bapa dan anak. Bagi kita yang sihat, hendaklah berjaga-jaga dengan pemakanan dan aktiviti harian. Ambil iktibar dari cerita-cerita di sekeliling kita, buat yang terbaik untuk keluarga. Bukan sahaja dari segi kesihatan, kewangan pun perlu dijaga.

Zaman sekarang, satu income untuk satu keluarga hampir mustahil. Boleh hidup, tapi cukup-cukup sahaja. Mungkin juga terpaksa ikut saranan penasihat kewangan dengan tidak balik beraya juga. Masa macam inilah, side income sangat membantu. Bukan untuk hidup bermewah-mewahan, tapi untuk bantu orang lain juga. Seperti side bisnes yang aku buat, seolah-olah serampang dua mata. Memberi manfaat kesihatan kepada orang, juga boleh dijadikan side income business. Win-win situation for distributor and customer.

Apa yang perlu dibuat? Hanya berkongsi kisah. Tidak memaksa orang untuk membeli. Kita sendiri guna dan rasa perbezaannya, kita kongsi kisah itu dengan orang lain. Orang terima, alhamdulillah. Orang tak terima, alhamdulillah juga, kita tak rugi apa-apa. Repeat.

Harapan aku adalah semua orang yang aku kenal akan sentiasa sihat. Aamiin.

Nak mulakan side income anda? Hubungi Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau e-mail kepada ima367@gmail.com dan saya akan hantarkan proposal bisnes Shaklee kepada anda.

Mak kena diabetes!

Salam semua 🙂
Hari ni tertarik dengan kisah yang mentor saya share di FB. Macam mana healing crisis yang berlaku dan apa kesan selepas menggunakan VIVIX untuk mereka yang menghidap diabetes. Dalam keluarga saya, Abah ada diabetes. Dikesan semasa buat medical checkup untuk pergi haji pada tahun 2009. Setelah dikatakan ada diabetes, Abah terus kawal makan. Nasi stop. Makan roti wholemeal sahaja dengan lauk pauk. Masa tu kami belum kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah diabetes abah terkawal sampai sekarang. Ya, Abah tak makan nasi sampai sekarang. Paling hebat pun seminggu sekali aje makan nasi. Masih dengan diet roti atau lempeng untuk lunch dan dinner.
Jemput baca perkongsian testimoni tentang bagaimana VIVIX membantu Mak mereka dalam menghadapi diabetes.

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Nak bantu yang tersayang bebas diabetes? Contact Ima menerusi WhatsApp di +60166605816 atau e-mel kepada ima367@gmail.com untuk cadangan dan pembelian.

Aidilfitri ke-4 dari Tanah Melaka

Kumpulan marhaban kampung yang datang rumah Babah malam tadi..

Marhaban Kampung Bukit Durian
Kumpulan Marhaban Kg Bukit Durian bersama tuan rumah

Salam Aidilfitri untuk semua! Dah masuk hari ke-4, dah ada yang dah masuk kerja. Aku masih bercuti di kampung belah suami. Kalau bercuti kat kampung aku, mungkin dah masuk kerja jugak hari ni hahaha.

Sementara tunggu si bujang ni bangun tidur, kita tulislah seround. Gian nak menulis beberapa hari raya nih hahahaha. Berlegar-legar idea menulis, tapi semua kita rilek-rilekkan dulu layan orang happy happy nak raya. 

Hari ni baru rasa cam hari normal. Baru boleh bangkit dengan rasa tak berapa nak raya dan sedar tanggungjawab pada keluarga. Hahahaha ayat dahsyat sangat, macam abaikan keluarga pulak selama ni ek. Ala paham-paham ajelah bila festive season ni kan, mana sama dengan rutin harian biasa. Pagi ni dah sempat basuh baju, sental baju, jemur baju, mandi, buat solat dhuha, iron baju untuk dipakai hari ni, sediakan baju untuk Darrell pakai, dan ni tengah tulis blog post.

Takde mood nak makan sangat pagi ni, mujur memang bawak tong ESP dan Meal Shakes ke sana sini. Kita layan protein shake aje pagi ni. Dah tiga pagi dok sendatkan perut dengan nasi impit dan lauk pauk raya, hari ni stok makanan raya pun dah habis hahahaha. Maka kembali menyerikan hidup dengan protein shake non-GMO ini lah. Untunglah…..

Hari ni belum ada plan nak ke mana lagi. Rumah saudara mara pun dah habis ziarah. Kat Melaka kan banyak tempat menarik. Boleh naik beca, naik menara Taming Sari, beli kompang kecik, makan kuih muih tradisional. Tapi itulah bila cuti, kat Melaka memang jammed giler! Sebab tu kami sekeluarga bila balik Melaka, memang tak ke mana. Duduk aje kat rumah menghabiskan letrik hahahahaha. 

Sudah-sudah le buat-buat sibuk macam buat kerja pejabat kat rumah mak mertua nih. Better log off dan menyanyi kat suami supaya bawa kami jalan-jalan hari ni hoyeah!

5 item mesti ada atas meja Raya 2015

Salam semua 🙂

Mesti ramai tengah buat last minute preparation kan dah nak raya sangat dah ni. Biasalah tu. Dah minit-minit terakhir ni lah baru datang semangat beraya. Tambah lagi dah kumpul adik-beradik, tak terasa pun masa berlalu nak siapkan kerja. Ni aku nak share 5 item mesti ada atas meja pada musim Raya 2015. Paling tak pun, ada 4 kot. hehehe.

5 item mesti ada atas meja raya

1. Kuih Raya

Kuih Kapit Coklat dan Popia Simpul daripada #KrupKrap

Wajib adalah kan. Sambil sembang-sembang, boleh alas perut. Tenaga diperlukan untuk bercakap, bukan setakat hiasan je kuih raya tu. Boleh juga jadi tajuk perbualan, terutamanya kuih yang tuan rumah buat sendiri, atau yang menantu buat, atau kalau semua kuih pun “kuih tunjuk”, ia masih boleh jadi topik perbualan.

2. Bunga hiasan

Gubahan bunga daripada The Craft Potion

Sebab kebiasaanya orang perempuan suka bunga, dan juga kebiasaannya orang perempuan yang hias meja, jadi, akan ada bunga hiasan. Tak kisahlah sama ada fresh flowers, bunga daun getah, bunga kaca, ataupun artificial flowers, mesti ada kat tengah-tengah balang kuih tu, kan? Mama suka letak fresh flowers, bau pun harum dan segar je. Beli bunga kekwa kat Econsave, sejambak tak sampai RM5 pun. Tahan berhari-hari, dengan syarat kena tukar air setiap hari.

Tips nak bagi bunga segar tahan lebih lama. Satu, buangkan daun-daun yang ada pada tangkai bunga. Dua, campurkan satu bahagian air limau-lemon berkarbonat (contohnya 7up dan Sprite) dengan 3 bahagian air untuk bekas atau pasu nak letak bunga segar. Bunga akan tahan lebih lama, insyaAllah. Dapat tips ni masa nonton The Kitchen kat Food Network Asia channel.

3. Bekas basuh tangan

Gambar ihsan Google

Bila dah habis makan, mesti nak basuh tangan, kan? Tak pun lap aje kat baju raya? no no no. Tak elok gitu. Basuhlah sikit, bukan ke nak salam tuan rumah sebelum balik. Sebaiknya kita basuh tangan sebelum dan selepas makan. Kita tak tau kuman yang hinggap kat tangan kita. Amalkan kebersihan setiap masa.

4. Air minuman

Makan sudah, sembang sudah, mesti tekak jadi kering, kan? Paling popular kat rumah-rumah serata Malaysia ni mesti dihidangkan dengan air manis. Mesti. Sebab kita ada macam satu stigma kalau hidang air yang tak manis (baca: Air kosong) kita macam “terlalu” promosikan kesihatan atau kedekut. Jadinya, mestilah kita nak hidangkan yang terbaik (pada fikiran kita) iaitu air berkarbonat pelbagai perisa. Paling tidak pun, air berkordial. Ais di tepi. Ahhh segarnya…

Apa kata selain air gas dan kordial tu, kita sediakan juga air kosong. Kita beri peluang pada tetamu untuk pilih air yang mereka suka. Kalau rumah kita rumah ke-11 diorang ziarah pada hari tu, dan 10 rumah sebelum tu semua dok hidang air manis, bukankah air kosong adalah idaman tetamu? Haaa tu diaaa air kosong oh sedapnyaaaaa, kata tetamu di dalam hati.

Air ditapis dengan Get Clean Water Pitcher

Pilihan saya, letak aje water filter atas meja. Water filter atas meja? Ya, water filter. Mudah aje kalau ada Get Clean Water Pitcher. Isi air paip, tunggu sekejap bagi air ditapis, dah boleh minum air kosong yang sedap. Water pitcher ni pun leh jadi penyeri meja, sebab very der sexy chuols 😉

5. Tisu

Gambar ihsan Google

Last but not least, kertas tisu. Sesuai untuk lap tangan yang basah, bersihkan mulut si kecil yang comot, atau tapau kuih raya kegemaran. Kadang-kadang jadi sampah, terutamanya anak kecil yang baru nak asah motor skill diorang. Bertabah ajelah tuan rumah menceriakan tetamu yang datang, ok?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🙂

Balik kampung hati girang

Salam semua 🙂

Seronok pergi kerja pagi ni. Lapang semacam. Semua orang dok kat rumah  tengah packing dan kemas rumah untuk raya agaknya. Hehehe. Tak ramai orang mulakan perjalanan waktu pagi rasanya. Biasanya orang tunggu berbuka, kalau jammed pun bolehlah makan-makan untuk hilangkan bosan, kan kan kan?

Kat timeline pun ramai dok update status, packing bag untuk balik kampung. Kebanyakannya serabut nak packing, tak tahu nak mula dari mana, rasa nak bawak satu rumah, mahupun baru nak basuh baju raya. hehehehe. Seronok membaca update orang lain, puan penulis ni bagaimana pula?

Pada aku, memanglah kena packing jugak. Bezanya, kena packing baju raya sekali. Kenapa bezanya pada baju raya? Sebab kami suami isteri memang setiap dua minggu sekali akan balik kampung. Kami amalkan begini sejak awal perkahwinan. Setiap dua minggu, akan balik Melaka iaitu kampung suami. Dua minggu kemudian, kampung saya pula di Klang. Kadang-kadang tu sebulan sampai 2 kali balik kedua-dua kampung, bergantung pada event yang ada.

Tahun ni jadi jarang sikit, sebab suami banyak dapat duty pada hari Sabtu atau Ahad. Takat nak balik kampung sehari je, tak best lah kan. Tak habis hilang penat, dah kena travel balik rumah semula. Capek deh. Ada sekali tu Mak (my MIL) merajuk kat kami sebab hampir sebulan tak dapat balik. Apakan daya suamiku kena bertugas hampir setiap weekend. Kesian Mak rindu cucu.

Tahun ni kami beraya di Klang dahulu, bagi rumah Mama meriah. Maklumlah adik beradik aku tak ramai. Sorang kat US, sorang kat Kajang, sorang kat Kepong. Terima kasih encik suami, gembirakan hati seorang ibu yang anaknya jauh beribu batu :’)

InsyaAllah lepas solat Jumaat, kami akan gerak ke Melaka pula. Harapnya masa tu traffic kat highway dah tak teruk sangat, sebab semua dah sampai kampung masing-masing dan sedang sibuk menunaikan sunnah menziarahi kaum keluarga. Jalan yang lapang untuk kami sekeluarga, Aamiin!

Malam ni mesti kemas rumah. Sebelum tu pergi masjid lah, Teraweh terakhir untuk tahun ini. Syahdunya.

p/s: Where’s my checklist?

Dapat duit raya sebelum raya, yeay!

Salam semua!
Alhamdulillah sempat sampai 27 Ramadhan dengan sihat. Alhamdulillah hari ni dapat duit raya daripada Shaklee! Duit raya? Ya, duit raya. Sebab masuk sebelum raya, kita panggil duit raya lah. Bulan-bulan lain takde raya, so kita panggil bonus bulanan ajelah. Hehehehe.
Setiap bulan dengan izin Allah, tanpa gagal, para pengusaha bisnes Shaklee akan dapat cash bonus daripada Shaklee pada 14 haribulan. Kalau yang buat bisnes secara part time, kami panggil bonus. Kalau yang berbisnes secara full time, itulah gaji bulan itu, kan? Manisnya bagi yang buat bisnes ni secara part time, hujung bulan dapat gaji kerja tetap, tengah bulan pula dapat bonus. Secara tak langsung kalau tengah sesak tu, memanglah lega kan.
Namun, untuk dapat duit yang buat kita rasa seronok ni, seperti kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Mana boleh duduk goyang kaki pasang aircond 16 darjah celcius tapi duit masuk kepuk-kepuk, kan? Mestilah ada usaha-usaha ke arah kejayaan yang mesti dibuat. Usaha-usaha ini pun biasanya melibatkan pembangunan rohani, skill dan juga komunikasi. Semua kena sama rata, sama kuat, sama berusaha. Barulah terasa manisnya pengorbanan 🙂
Nak tau tak, dengan Shaklee, bukan takat untung runcit je yang boleh dapat. Bisnes yang dapat untung runcit biasanya macam kalau kita beli shawl kat Jalan TAR tu kan, sehelai RM10, tapi biasanya harga borong adalah RM2.50 sehelai. Jadi, untung runcit adalah RM7.50. Jual lagi banyak, dapatlah lagi banyak untung.
Sumber RM RM RM dengan Shaklee bukan setakat untung runcit, tapi ada lagi 5 cabang RM. Ini senarai sumber RM yang boleh didapati dalam bisnes Shaklee
  1. Retail Profit
  2. Personal Bonus
  3. Net Personal Bonus
  4. Leadership Bonus
  5. Car Subsidy Program
  6. Incentive Bonus
Sekali dah menjerumuskan diri dalam bisnes ni, mestilah kena grab semua cabang RM ni, kan? Untuk yang baru mula bisnes, paling tidak pun akan grab nombor 1 dan 2. Tapi ada aje yang dapat nombor 1, 2 dan 3 dalam bulan pertama berbisnes. Bila kita hendak, semua pun boleh jadi. I AM POSSIBLE!

Sepanjang May hingga Oktober 2015, Shaklee tawarkan YES (Young Entrepreneur System) yang membolehkan mereka yang baru join nak buat bisnes dalam tempoh 6 bulan ni boleh dapat side income yang ditambah dengan pelbagai insentif dan matching bonus yang lumayan. Juga disediakan business plan yang mudah diikuti, semuanya terpulang berapa RM yang kita nak pada tengah bulan depan.

Berminat nak dapatkan side income dengan modal permulaan yang rendah? Contact Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau email saya di ima367@gmail.com untuk set appointment. Raya ni pun boleh jumpa, insyaAllah. 
Saya dapat business leaders BARU hari ini!
Ima Sulaiman

Kompilasi testimoni VIVIX

Salam semua 🙂

Ni saya nak share kompilasi testimoni pengguna dan pengamal VIVIX Shaklee yang dah dikumpul oleh Lia Ummiirfan dengan gigih sekali. All credits goes to her.

Antara masalah yang berjaya dirungkaikan :

  • Awet muda
  • Radang sendi
  • Berpantang
  • Gout
  • Sakit buah pinggang
  • Turunkan berat badan

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Ingin jadi sebahagian daripada kisah kejayaan dengan VIVIX ini?

Hubungi Ima melalui
WhatsApp : ++60166605816
E-mel : ima367@gmail.com

Saya akan balas pertanyaan anda sesegera mungkin. Saya tunggu anda!

Sihat dan cantik dengan tenang

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu 14 Ramadan, dan juga dapat khabar berita best tentang promo Shaklee bulan ni! MasyaAllah memang kena grab peluang ni. Mesti mesti mesti!

Produk premium Shaklee, VIVIX adalah produk promo bulan ni. Ada dua peluang untuk cuba dan borong item ni, dengan beli 2 botol VIVIX dan dapatkan 5% diskaun, ATAU beli 6 botol VIVIX dan dapat 1 botol VIVIX dengan PERCUMA.

Nak lagi best? Dengan pembelian 2 atau 6 botol VIVIX, korang layak dapat FREE MEMBERSHIP yang bernilai RM68.90, juga dapat cash bonus pada 14 Ogos 2015 nanti, minimum RM38. Ada lagi? Ada. Korang juga akan dapat sebotol Vita-Lea Iron Formula (120 biji) yang bernilai RM88.75 dengan PERCUMA. Kan dah kata tadi kena grab peluang ni 😉

Ada dua lagi item promo, iaitu B-Complex dan Vita-Lea for Children. Dua-dua item ni untuk promo Buy 4 At 3. Best sangat deal B4@3 B-Complex ni untuk ibu hamil, ibu pantang, ibu-ibu yang bekerja di rumah, anak-anak sekolah rendah dan menengah, mahasiswa dan mahasiswi, juga pekerja makan gaji. Such a great mood booster with a minimum price!

Sebotol Vita-Lea Iron Formula PERCUMA dengan setiap pembelian dan pendaftaran ahli baru Shaklee dari May 2015 hingga Oktober 2015. Tiada sebarang pembelian minimum diperlukan, asalkan ianya produk Shaklee.

Berminat nak memulakan bisnes atau beli untuk kegunaan sendiri?
Apa pun jawapan korang, cepat-cepat contact Ima melalui
1. WhatsApp +60166605816
2. E-mail ima367@gmail.com
Ima menanti pertanyaan anda!

Monthly Check up di Klinik Desa Sungai Ramal

Salam semua 🙂

Dah masuk 24 minggu rupanya. Alhamdulillah. Pejam celik dah setengah tahun. Debbor nak bersalin! Klinik Desa Sungai Ramal ni klinik desa paling dekat dengan rumah. Free check ups, siapa tak nak kan? Syukurlah dengan kemudahan percuma yang ada 😀

Lepas hantar Darrell kat taska, baru aku g KD. Darrell tengah fasa tak nak pergi taska dengan bapak dia. Maka, ibunya lah yang kena hantar. Baiklah anak syurga.

Masa aku sampai, ada sorang sebelum aku hantar check up baby. Macam biasa lah, check urine, check berat, check blood pressure. HB tak check pulak hari ni. Mungkin sebab rekod baik. Awal bulan haritu HB aku 12. Cantik juga lepas aku amalkan ambil 2 biji multivitamin setiap hari.

Nak tunggu masuk jumpa nurse kedua yang lama sikit menunggu dan tertunggu. Layan ajelah. Aircond pun ada, cuma telefon yang mati. Ada satu family bawa anak sulung pergi check up. Suami dia sangat prihatin pada pemerhatian aku, isteri pula sebaliknya. “Dah letak buku? Dah letak number? Ni ke misi yang baik tu? Mana pergi misi-misi lama?” Isteri boleh pulak main telefon, suami tanya ada yang tak berjawab. Hahaha kenalah yin dan yang kan, baru melekat.

Ok, my turn jumpa misi! Misi check, aku naik 3.5kg dari last check up. Sepatutnya cuma naik 2kg, ni dah terlebih 1.5kg sudah. Oh ow…. Misi tanya aku makan apa, aku jawab happy sangat kot, makan pun banyak. hahahaha buat misi gelak aje. Misi tu pun jenis #MudahTerhibur macam aku jugak. Sikit-sikit pun leh gelak hehehehe. Siapa kata misi kerajaan semua garang. Misi kat KD Sungai Ramal ni mesra pelanggan tau.

So misi jadualkan beberapa pertemuan untuk check up dalam bulan ni. Cuma check BP, urine dan berat badan. Nak monitor kalau-kalau ada risiko pre-eclampsia. Ima yang susah naik berat, tak tau lah kenapa happyly naik berat pula ni.

Hujung bulan ni kena buat MGTT. Yikes!