Exercise Journal : Day 6

Bismillah

20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
20 crunches
(2 sets)

High knees, push up & plank : OK
Crunches : dah tau dah nak bernafas macam mana. Try and adjust. Tumpukan pada abs. Bayangkan abs berotot. Ye lah tu. Hahaha

Lepas habis two sets, rasa nak sambung tidur je hahaha. Walaupun nampak sikit, bila buat betul-betul, baru rasa kesannya kat otot yang kita tak pernah tahu kewujudannya.

Esok akan share tentang apa yang aku dapat setelah seminggu memulakan rutin baru ni. Tunggu……            

Ima Sulaiman

Advertisements

Exercise Journal : Day 5

Bismillah.

Semalam tak buat rutin sebab buat benda lain yang di luar rutin. Hari ni resume back, tapi buat belah petang lepas Asar tadi, and awesomeness continues B-)

Day 5
20 high knees
20 push ups
20 seconds plank
(2 sets)
20 crunches

High knees : OK
Push ups : tambah lagi 10 berbanding Jumaat. First set ok. Second set ada semput sikit.
Plank : OK. Boleh tambah masa lagi esok.
Crunches : dah rasa ada 6 pack! Hahaha perasan mesti ada. Cuma tak tau nak ambil dan lepas nafas masa bila. Akan Google tentang benda ni.

Esok boleh cerita apa effect yang aku rasa selepas seminggu bersenam setempat ni.

Ima Sulaiman

3 tips atasi sengal otot dan sendi lepas bersenam – Exercise Journal : Day 4

Bismillah hirrahman nirrahim.

Mula rasa sengal selepas bersenam? 3 kunci : Warm up, omega-3, vitamin C.

Day 4 :
20 high knees
10 push ups
20 second plank
(2 sets)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-4! High knees makin lancar, Darrell pun tolong kira pagi tadi. I feel great! Push ups pun makin bagus, esok kita tambah jadi 20. Buat planking, Darrell boleh tadah muka tepi kepala aku. Pelik agaknya, nak kata sujud, bukan sujud. Apa-apa ajelah mak.

Cerita kat Ina, kawan opis ku, dia dok pelik kenapa aku beriya-iya buat push up segala, sebab semalam aku cerita kat dia tangan rasa lain macam sikit. Aku kata, nak sihat, nak tambah otot kat lengan, senang nak dokong Darrell. Hahahaha.

Semalam mengkaji kat Google, cari apa yang boleh buat untuk kurangkan sore muscle after exercise, ataupun delayed onset muscle soreness. Inilah yang aku alami kelmarin dan semalam! Disarankan untuk

  1. Buat warm up dan stretching sebelum mula senaman – CHECKED
  2. Makan makanan kaya omega-3 untuk elakkan radang (inflammation) pada sendi. Makanan kaya omega-3 : ikan salmon, chia seed, flaxseed, ikan sardin.  – CHECKED
  3. Makanan yang ada vitamin C, kerana vitamin C boleh bantu menyingkirkan asid laktik yang berkumpul dalam otot selepas bersenam dan bersukan. Cadangan makanan : brokoli, buah-buahan sitrus, nenas, lada benggala hijau. – CHECKED
When they say about omega-3 and vitamin C, I go to Shaklee of course! OmegaGuard kaya dengan omega-3 ultra tulin, dan Sustained Release Vita-C bekalkan 500gm vitamin C dengan perlepasan berkala, 100gram setiap jam. Sebelum atau selepas bersenam boleh ambil OmegaGuard untuk elak otot cedera, Vita-C selepas meal. Easy peasy wiht Shaklee supplements 🙂
Boleh contact Ima thru WhatsApp 016-6605816 untuk pertanyaan lanjut tentang supplements mesra senaman ni 🙂
Salam sayang,
Ima Sulaiman

Exercise journal : Day 3

Bismillah hirrahman nirrahim

Day 3:
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

Hari ni dah mampu buat 20 high knees tanpa gap between 10 and 10.

Push up pun better berbanding semalam, rasa lebih confident nak buat. Malam tadi minta tolong suami check posture untuk push up dan plank, he says ok. Darrell pun tiru jugak kita buat push up hahaha.

Plank pun ada improvement. Perut masih menggigil.

Sekarang rasa otot kat lengan ada sedikit lenguh. Hari ni tambah warm up sebelum rutin di atas. Dua hari sebelum ni lupa nak warm up dulu. Excited sangat kan nak bersenam. Hahahaha.

Semoga esok lebih cemerlang!

Ima Sulaiman

Exercise Journal : Day 2

Bismillah.

Day 1 : 60 high knees

Day 2 :
20 high knees
10 push ups
20 seconds plank
(2 sets)

MasyaAllah aku tak reti nak buat push ups! Menggigil tangan ni haa. High knees ok dah, lepas study lebih tentang macam mana nak buat high knees dengan betul.

Plank tu tetiba rasa nak tambah, sebab tak berapa cemerlang dengan push ups. Tengok gambarajah plank cam best aje kan. Cubalah buat, menggigil perut KakMa! Mampu tahan 10 saat je, pastu nak tarik nafas dah tak mampu. Drama sangat orang yang tak pernah buat senaman “formal” camni kan hahaha.

Jom sihat dengan istiqamah!

Salam sayang,
Ima Sulaiman