Aidilfitri ke-4 dari Tanah Melaka

Kumpulan marhaban kampung yang datang rumah Babah malam tadi..

Marhaban Kampung Bukit Durian
Kumpulan Marhaban Kg Bukit Durian bersama tuan rumah

Salam Aidilfitri untuk semua! Dah masuk hari ke-4, dah ada yang dah masuk kerja. Aku masih bercuti di kampung belah suami. Kalau bercuti kat kampung aku, mungkin dah masuk kerja jugak hari ni hahaha.

Sementara tunggu si bujang ni bangun tidur, kita tulislah seround. Gian nak menulis beberapa hari raya nih hahahaha. Berlegar-legar idea menulis, tapi semua kita rilek-rilekkan dulu layan orang happy happy nak raya. 

Hari ni baru rasa cam hari normal. Baru boleh bangkit dengan rasa tak berapa nak raya dan sedar tanggungjawab pada keluarga. Hahahaha ayat dahsyat sangat, macam abaikan keluarga pulak selama ni ek. Ala paham-paham ajelah bila festive season ni kan, mana sama dengan rutin harian biasa. Pagi ni dah sempat basuh baju, sental baju, jemur baju, mandi, buat solat dhuha, iron baju untuk dipakai hari ni, sediakan baju untuk Darrell pakai, dan ni tengah tulis blog post.

Takde mood nak makan sangat pagi ni, mujur memang bawak tong ESP dan Meal Shakes ke sana sini. Kita layan protein shake aje pagi ni. Dah tiga pagi dok sendatkan perut dengan nasi impit dan lauk pauk raya, hari ni stok makanan raya pun dah habis hahahaha. Maka kembali menyerikan hidup dengan protein shake non-GMO ini lah. Untunglah…..

Hari ni belum ada plan nak ke mana lagi. Rumah saudara mara pun dah habis ziarah. Kat Melaka kan banyak tempat menarik. Boleh naik beca, naik menara Taming Sari, beli kompang kecik, makan kuih muih tradisional. Tapi itulah bila cuti, kat Melaka memang jammed giler! Sebab tu kami sekeluarga bila balik Melaka, memang tak ke mana. Duduk aje kat rumah menghabiskan letrik hahahahaha. 

Sudah-sudah le buat-buat sibuk macam buat kerja pejabat kat rumah mak mertua nih. Better log off dan menyanyi kat suami supaya bawa kami jalan-jalan hari ni hoyeah!

Advertisements

Kenangan sahur 2 Ramadhan 1436

Salam Ramadhan 1436H 🙂

Kami suami isteri memang sepakat masak sahur sebelum masuk tidur. Masak memasak yang hebat-hebat ni memang tugas suami, sebab dia yang lagi banyak selera dari isteri hihihi. Suami teringin nak makan sambal, jadinya menyambal lah malam tadi.

Dah siap masak segala (goreng ayam, buat sambal, masak nasi), lapar la pulak. Makan aje dulu sebelum tidur. Aku pun lapar gak. Semalam berbuka, suami buat mi bodo. Apa tu mi bodo? Next time lah cerita hehehe. Aku makan mi bodo, suami makan nasi. Maka kami pun masuk tidur.

bzzz bzzz bzzz bzzz bunyi vibrate tepon aku. MasyaAllah, 5.30am! Melompat terus dari katil. Ke mana pergi alarm berderet-deret dari jam 4 pagi? Terus kejut suami, nak sahur tak? Dah 5.30 ni?

Time tu jugak la Darrell pun terjaga nak susu. Kami berdua dah kat dapur, mencekik apa yang mampu hahaha. Kurma (bukan masak kurma) yang kami terjah dulu. Aku ambik 3 biji kurma, tuang air sejuk kosong dalam shaker, tambah 3 sudu ESP, rembat botol Vita-Lea dan SR Vita-C, bawak naik atas sebab Darrell dah nangis nak susu.

Sambil telan kurma, sambil buat susu Darrell. Cas cus cas, siap. Masa awal sampai bilik, pujuk Darrell sambil goncang ESP. Dia ingatkan mak dia dah siapkan buat susu dia. Hahahaha ampun nak! So, minumlah kami bersama dalam bilik yang suram-suram maya. Habis makan kurma, aku makan 2 biji Vita-Lea dan sebiji SR Vita-C, sambil berdoa sekuat hati Allah beri kekuatan berpuasa hari ni.

Habis je telan apa yang patut, azan pun berkumandang. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk bersahur hari ini 🙂

Alhamdulillah juga masih kuat jiwa dan raga untuk teruskan berpuasa. Tazzabar nak berbuka!

Nak gemuk, tak nak kurus!

Salam dan hai untuk semua 🙂

Ima memang kurus. Sentiasa cari jalan nak dapatkan berat ideal. Ni aku kongsi tentang cara-cara nak tambah berat, diambil dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemakanan untuk mereka yang Kekurangan Berat Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil.
Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan (“anorexia/bulimia”) atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh ditingkatkan dengan :

~Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.

~Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda
boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

~Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam (“supper”).

~Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.

~Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Makan makanan yang sihat dan seimbang.

~Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.

~Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan (“supplements”) untuk meningkatkan berat badan anda.

Oleh ;Noor Safiza bt. Mohd Nordin

Turut dikongsikan dalam page FB KKM adalah contoh jadual makan untuk tambah berat.

Contoh jadual pemakanan untuk tambahkan berat badan.

Walaupun nak tambah berat tu senang bagi sesetengah orang, bagi orang kurus biasanya tidak begitu mudah. Contoh paling senang, aku lah. Tak berapa minat nak makan, dan kurang gemar makan makanan yang menggemukkan dalam kuantiti yang banyak. Hasilnya, masih kerempeng. Hahahaha. Dari cadangan KKM pun, dia suruh makan secara kerap, dan dalam senarai ni, takde pun dia suruh makan makanan yang kita tahu menggemukkan. Semuanya makanan sihat, sebab kita nak tambah berat secara sihat!

Aku dapatkan bantuan makanan tambahan daripada Shaklee. Paling suka dengan B-Complex, sebab ia bantu badan untuk reset metabolisma. Jadi, taklah cepat sangat badan ni bakar semua benda jadi tenaga, kan. ESP dan Meal Shakes tolong tambahkan protein dan kalori dalam diet harian. Vita-Lea pula untuk cukupkan nutrient yang selama ini kurang dalam badan.

Nak lebih konsultasi tentang tambah berat badan? Contact Ima melalui call atau WhatsApp 016.660.5816 atau boleh juga e-mail di ima367@gmail.com .

Tambahkan berat secara sihat!

Salam sayang,
Ima Sulaiman
SID 882520

Tips untuk naikkan berat badan

Ada nak kuruskan badan. 
Ada yang nak gemukkan badan, macam aku ni lah. 

Kunci untuk gemukkan badan adalah makan lebih banyak kalori.
Untuk orang yang susah nak makan, mesti rasa susah dengan cadangan ni.
Dah makan 3 meal sehari pun dah susah, inikan pula nak makan lebih-lebih. haha.

Tips untuk naikkan berat badan adalah pilih makanan yang tinggi kalori.
Kuantiti yang sikit pun dah tinggi kalori, jadi senanglah nak capai target kalori harian.
Ni antara makanan yang tinggi kalori untuk diamalkan.

  • Sesame Butter (Tahini) 595 calories per 100 gram serving, 167 calories per ounce (28 grams)
  • Whole Wheat Crackers  443 calories per 100 gram serving 416 calories per cup (ground) (94 grams)
  • Raisins 299 calories per 100 gram serving  78 calories in 50 raisins (26 grams)
  • Dates 282 calories per 100 gram serving 20 calories in one date (7 grams)
  • Whole Wheat Bread 266 calories per 100 gram serving 133 calories in 2 slices (50 grams)
  • Dried Apricots 241 calories per 100 gram serving  10 calories in one dried apricot (4 grams)
  • Coconut Milk 230 calories per 100 gram serving 1104 calories in 2 cups (480 grams)
  • Avocados 160 calories per 100 gram serving  322 calories in an average avocado (201 grams)
  • Brown Rice (Cooked) 111 calories per 100 gram serving 432 calories in 2 cups (390 grams)
  • Oatmeal / Oats (Cooked) 71 calories per 100 gram serving 332 calories in 2 cups (468 grams)

Ni pula tips untuk yang sungguh-sungguh nak naikkan berat badan

  • Add high calorie foods to existing dishes – Nuts, seeds, and dried fruit make a great addition to salads, rices dishes, pasta dishes, etc…
  • Add healthy fats and oils to existing dishes – Add olive oil, peanut oil, or safflower oil to as many foods as possible. I.E.: rice, sandwhiches, salads…
  • Increase portion sizes – Create larger meals of calorie dense foods like rice, mashed potatoes, and pasta.
  • Drink Calories – Drinks are an easy way to intake calories on the go. Drink juice, soy milk, milk, smoothies, and other healthy high calorie beverages.
  • Do Muscle Building (Anarobic) Exercizes – Muscle building exercizes increase appetite and also increase weight as your body builds muscle. This is especially true when combined with high protein foods like nuts, peanut butter, fish, or beans.
  • Track your progress and set goals – Setting goals and targets is important to any achievement. Set healthy weight gain targets each month. No more than 10lbs (~5kg) a month is reasonable. Keep track of your weight gain in regards to the Body Mass Index (BMI) and be sure you do not go over into an unhealthy weight range.

Shaklee juga ada supplement yang membantu dalam usaha menambah berat badan.

 #SetTambahBerat
Klik kat gambar untuk order

1. B-Complex : Membantu badan untuk reset metabolisme.
2. Vita-Lea : Multivitamin dan multimineral yang menampung kelompongan nutrien dalam badan
3. Meal Shakes dan ESP : Menambahkan kalori harian dalam bentuk shake berperisa vanilla.

Harga untuk satu set adalah RM406.25
Nak harga lebih murah?
Jadilah member Shaklee!

Ima Sulaiman
SID 882520
Call / SMS / WhatsApp / Viber untuk pertanyaan dan order di 016-660-5816

Mahalnya supplement Shaklee!!!

Sekilas pandang, tanpa congak mesti kata mahal.
Tapi tak semua supplement Shaklee tu mahal.

Contohnya Sustained Release Vita-C,
sebotol ada 180 biji,
berharga RM92.50.
Sebiji RM0.51, senang kira 50 sen sebiji vitamin C 922mg.
Sehari makan sebiji.
Kiranya, sebotol tahan 6 bulan.
Cuma RM15.42 sebulan untuk kecantikan kulit.

Ni nak buat kira-kira untuk set Might 3 Gem.

Kita ambil kiraan 1 sudu besar = 15g, 1 sudu kecil = 5g.
Lebih kurang la ek.
Nak lagi tepat, boleh timbang.

First up, ESP.
Satu canister ada 850g.
Katalah ambil 1 sudu besar sehari, 15g
Satu canister ESP boleh tahan hampir dua bulan, lebih kurang 55 hari. (850g / 15g)
Sehari boleh ambil maksimum 3 sudu besar.
Ni kiranya kira-kira untuk panjangkan “usia” satu canister.
Nak kesan optimum, ambillah 3 sudu besar sehari 🙂

Kedua, Meal Shakes.
Satu canister 544g.
Sehari ambil 2 sudu kecil = 2 x 5g = 10g.
satu canister MS boleh jadi 54.4 hidangan (544g / 10g)
Hampir 2 bulan juga tu kan.

Last, Performance.
Ni kalau lagi banyak, lagi sedap.
Sedap rasa orennya.
Ingat tak TANG, ada masa kita kecik-kecik dulu tu.
Hehe orang lahir tahun 80an tahulah TANG ni.
Performance ni bentuknya camtu lah, serbuk oren.
Sehari sekali bancuh satu sudu besar dengan air sejuk, minum, segarnya!
Boleh tahan sebulan lebih sikit je.

Jadinya kalau terasa-rasa mahal jugak supplement Shaklee ni, register sebagai member dengan Ima.
Harga member memang lagi murah, biasanya boleh jimat sehingga 30% dari harga retail.
Lepas jadi member, bolehlah kata “Murahnya Shaklee!” hahahaha.

Ima
SID 882520
WhatsApp/viber 0166605816

Sarapan dengan protein : cukup kenyang ke?

Sarapan orang Malaysia memang sedap dan mewah. Alhamdulillah dengan kepelbagaian bangsa, kita boleh makan macam-macam waktu pagi. Belum kira lagi waktu lunch, dinner, minum petang, supper. Food heaven!

Tapi bagi mereka yang health conscious mesti titik beratkan apa yang dimakan sehari-hari. Berdiet bukan bermaksud kena korbankan makan, tapi pilih makan secara bijak.

Ni aku share article tentang High Protein Breakfast.

Why a High Protein Breakfast is a Good Way to Start Your Day
A high protein breakfast can give you the perfect start to your day. Protein can be a great way to fuel up after a long night’s rest. Here are some reasons why you should enjoy a breakfast that is high in protein and some recipe ideas to get you started.
Why Eat Protein?
Protein is a building block of cells throughout the body. It is necessary for healthy skin, nails, muscles, cartilage and blood. Protein helps to build and repair bodily tissues, and it is used to produce hormones and enzymes. When you eat protein for breakfast, you will feel more energized and ready to take on your day. You are also more likely to feel full longer, which can lead to healthier eating habits and possibly even weight loss.
Protein Shakes or Smoothies
Protein shakes or smoothies are very easy to make. Blend together a cup of strawberries, a few slices of banana, a scoop of protein powder, some ice and a cup of milk. Of course, you can adjust the ingredients to fit your tastes. Make your shake or smoothie with pineapples, orange juice, blackberries, blueberries, yogurt or whatever you have in your refrigerator. You can also add flaxseed for the added omega 3 fatty acids as well as fiber. Top it with some granola for an additional crunch. Be creative and enjoy the many ways you can get your protein for the day.
Eggs
Eggs have gotten a bad reputation because of their fat content. Only a portion of their fat comes from saturated fat and studies show that eggs may actually help lower cholesterol, as opposed to raising it as previously believed. If you aren’t entirely convinced, enjoy only the whites or mix one whole egg and one egg white. Eggs are a good source of choline, which is essential for a healthy brain and nervous system. Choline also reduces inflammation among those with heart disease, diabetes or osteoporosis. Eggs have carotenoids that are essential for healthy eyes. Lutein, a carotenoid that is found in eggs, is believed to significantly reduce the risk of macular degeneration and cataracts. Scramble some eggs for your breakfast or make a tasty omelet with your favorite vegetables. Eggs are a great source of protein, so don’t be afraid to add them to your menu.
Nuts and Seeds
Nuts and seeds are a great source of protein. They are also rich in fiber and antioxidants. Sprinkle some flaxseed or almonds on your oatmeal. Add pumpkin seeds or pecans to your cereal or yogurt. Avoid nuts if you have an allergy to them.
Soy Products
If you are a vegetarian, you may be looking for ways to meet your protein needs. Soy is a plant-based protein that has been popping up as an ingredient in more and more products. Look in the frozen food section at the meatless meats. Here you will find soy-based products that have similar tastes and textures to meats. You’ll find breakfast sandwiches and sausages that will allow you to get the protein you need without eating animal products. You can also turn to soy milk, soy nuts and soy butter to get protein. 

Diambil dari: http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-eating/why-a-high-protein-breakfast-is-a-good-way-to-start-your-day.html#b
Mencari sarapan berprotein tinggi dan mudah disediakan setiap hari?
Cuba gabungan Energized Soy Protein (ESP) dan Meal Shakes.
Kedua-duanya berperisa vanilla.
Setiap canister boleh tahan dalam 1.5 hingga 2 bulan.
Nak lagi best? Top up dengan Performance perisa oren, yang memastikan badan terhidrat sepanjang hari.
Harga:
ESP 850g RM150
Meal Shakes 544g RM113.75
Performance 539g RM82.50
Jadi ahli Shaklee untuk dapat harga lebih murah dan pelbagai manfaat lain.
Contact Ima untuk tempahan dan pembelian.
Ima Sulaiman
SID 882520
WhatsApp/viber 0166605816

Seronoknya berpantang!

Alhamdulillah semalam dapat anak buah baru. Sepupu belah suami selamat melahirkan seorang puteri pagi tadi secara cesarean. Tak sabarnya nak jumpa!
Mulalah terkenang masa berpantang denga Darrell setahun yang lepas. Kira kejutan jugalah kan sebab tak pernah ada pengalaman melahirkan. Kita fokus pada yang gembira aje, yang sedih simpan dalam peti. Hihihi. Aku paling suka time makan. Aku takde pun mintak special request ke apa. Apa yang diberi, aku telan ajelah. Aku pun bukan jenis suka makan cili sangat, jadinya makanan masa berpantang takdelah terlalu derita bagiku. Hahaha.
Lagi satu yang aku suka masa berpantang adalah pakai bengkung. Guna yg kain panjang tu. Mula-mula tak suka sangat pakai, tapi bila dah pandai ikat sendiri, ok lah. Memula tu gatal kan malas nak pakai segala, tapi rasa cam longgar je kat perut. Pakai bengkung baru sedap rasa perut. Sampai habis pantang jugaklah aku gigih pakai bengkung. Best 🙂
Masa berpantang aku ambil jamu dan supplement Shaklee. Aik? Boleh ke ambik sekali? Boleh je. Supplement Shaklee pun dari tumbuh-tumbuhan, sama je macam jamu. Cuma jarakkan waktu pengambilan. Sebelum sarapan dah minum jamu, sejam lepas tu bolehlah ambil supplement. Takde yang susah bila dah tahu, kan?
Apa supplement yang sesuai diambil semasa berpantang?
Ni aku cerita satu persatu supplement yang sesuai diambil untuk menghadapi tempoh berpantang.
1. VITA-LEA IRON FORMULA (120 BIJI)
Multivitamin dan multimineral, memberi tenaga dan melengkapkan nutrien harian si ibu. Menyusukan anak banyak nak guna tenaga tau. Vita-Lea dapat membantu mengatasi keletihan lepas bersalin dan jaga anak.
2. B-COMPLEX (120 BIJI)
Fungsi B-complex ni adalah untuk tukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga bagus untuk kestabilan mood ibu berpantang. Ibu berpantang kena sentiasa tenang, nak menyusukan anak kena tenang untuk susu keluar dengan lancar.
3. SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 BIJI), CHEWABLE VITA-C (90 BIJI)
Vitamin C penting untuk sistem imun ibu dan anak. Ia juga bagus untuk pemulihan luka dan pertumbuhan sel baru untuk ibu.
4. OSTEMATRIX (120 BIJI)
Ini dia, supplement favourite sejak mengandung lagi. Ianya bukan sekadar kalsium, diperkaya dengan vitamin D dan magnesium. Kesannya, memang lancar nak buang air besar. Penyelesaian untuk sembelit ketika berpantang. Ditanggung beres!
5. ENERGIZED SOY PROTEIN (850g)
Nama ringkasnya ESP. Terkenal sebagai sumber protein non-GMO, bagus untuk pertumbuhan sel baru ibu, dan milk booster. Quick fix jika ibu lapar selepas menyusukan baby.
6. ZINC COMPLEX (120 BIJI)
Selalu dengar kalau baby suka sembur airliur, nanti rambut ibu gugur, kan? Elakkan rambut gugur tak tentu hala dengan Zinc. Zinc juga bagus untuk penyembuhan luka dalaman.
7. GLA COMPLEX (60 BIJI)
Mood tak menentu sejak bersalin? Stress nak sesuaikan diri dengan suasana serba baru? GLA boleh membantu regulate hormon, untuk mood yang lebih stabil dan lebih tenang. GLA juga boleh mengawal diabetes jika ada.
8. OMEGAGUARD (90 BIJI)
OmegaGuard mampu memanaskan badan ibu, disamping memastikan kelancaran susu dan susu kaya dengan DHA! OmegaGuard juga bantu ibu ramping lebih cepat, sebab bantu bakar lemak. Oh banyaknya fungsi!
Banyaknya supplement! Tak mahal ke? Jangan risau, aku boleh bagi cadangan yang sesuai dengan bajet. Nak set asas, pertengahan atau premium. Semua boleh dirunding.
Boleh hubungi Ima di
SMS/WhatsApp +60166605816
E-mail ima367@gmail.com
Free consultation, tips dan cara pengambilan supplement khusus untuk customers Ima.
P/S: Rindunya nak berpantang lagi! 🙂