Open House Rumah Warisan 2015

Salam semua 🙂 🙂 🙂

Alhamdulillah, sementara masih ada bulan Syawal, memang tak berhenti orang buat Open House. Itulah kemeriahan Aidilfitri di Malaysia. Beberapa tahun sebelum Nenek meninggal, memang dah mula buat Open House kat Rumah Warisan. Sekarang Nenek dah takde, Mama dan adik beradik teruskan juga, bagi meriah Rumah Warisan ni.

Barisan menu pada tahun ini:

  • Soto nasi impit
  • Laksa kuah putih
  • Ketupat
  • Lepet
  • Daging masak kicap
  • Rendang ayam
  • Kambing bakar
  • Coleslaw
  • Tauhu goreng
  • Pecal
  • Kuih lemper
  • Buah tembikai
  • Pelbagai kek
  • Air tebu dan sirap ros
  • Teh O panas

Kalau dah namanya pergi rumah Nenek Dinah, orang makan memang kurang segan silu. Semua juadah yang ada pun dia nak rasa. Bukan takat jamah, memang MAKAN sepuas hati. Pukul 4 petang, Mama pergi beli satay untuk tambah makanan yang dah mulai habis. Tu pun baru keluar dua tray satay, sekelip mata pun dah habis. SubhanAllah.

CYMERA_20150808_134551

CYMERA_20150808_134541

CYMERA_20150808_120749

ketupat_dan_lepet
Ketupat dan Lepet digantung. Bila nak makan, ambil dan potong sendiri. Ramai yang geram menengok ia bergantungan. Lepet tu lagilah, orang siap minta bawa pulang. Hahahaha.

Apa itu lepet?

Lepet adalah makanan tradisi Jawa. Diperbuat daripada beras pulut dan kelapa parut. Dibungkus dengan daun kelapa yang muda (janur) dan kemudiannya direbus hingga masak. Kebiasaannya lepet disediakan semasa kenduri kesyukuran untuk ibu yang hamil 7 bulan semasa mengandungkan anak sulung. Aku tak sempat pun nak makan, tau-tau aje dah habis. hehe.

IMG-20150808-WA0007
Berbaju sedondon
IMG-20150808-WA0002
Pencinta tembikai

Ada seorang tetamu yang datang, sembang-sembang dengan Mama. Pastu Darrell pun lepak dengan nenek dia. Tetamu tu dalam lingkungan awal 20-an, sedang dukung anak berusia lebih kurang 4 bulan. Pastu aku pun join lepak kat meja diorang. Noticed yang aku ni mak Darrell, tetamu tu tanya Mama, “Kenapa putih? (merujuk pada kulit Darrell)” “Mak dia makan Shaklee dari mengandung.” jawab Mama.

Bukan pertama kali Darrell dipersoalkan kenapa dia putih. Nak kata terguris dengan soalan tu, tak lah sangat. Cuma rasa lucu di dalam hati. Hitam sangat ke kami ni kekekekekeke.

IMG-20150808-WA0016

IMG-20150808-WA0018
Part of Hajjah Dinah clan 2015

p/s: Rindu, memang sangat rindu pada Nenek.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s