Preparation for Along’s big day

Salam semua 🙂
Hari Sabtu = hari bersama keluarga! 
Lama sangat tak berjalan shopping kain. Teruja iols sebab kakak ipar bakal bertunang dan bernikah tahun ni. KakMa terus offer diri jadi wedding planner tak bertauliah. Hahahahaha. Semua pengalaman kita, kita share ajelah. Tak best biar orang rasa susah sangat.
Since raya, aku dah drill Along tentang preparation nak bertunang, nikah dan bersanding. Antara yang jadi topik utama adalah :
  1. Pemilihan warna – ini paling penting untuk bakal-bakal pengantin. Once dah decide warna, hampir 50% masalah selesai. Seriosa! Kalau masih indecisive tentang warna, memang forever and ever lah stucked nak bincang pasal warna apa. Kalau boleh letak aje rainbow, tapi pening pulak. Hahaha.
  2. Design baju – Masa untuk belek majalah Pengantin! Takyah nak tengok yang latest sangat pun takpe. Tengok yang 5 tahun lepas pun ok, sebab biasanya design akan recycle semula, kan. Paling bagus, buat design yang classic. Tak ditelan zaman. MY BEST ADVICE : Jumpa tailor/designer kegemaran dahulu sebelum pergi beli kain (bagi yang mahu jahit sendiri dan tidak sewa di butik pengantin). Kenapa? Senang nak beli kain. Tidaklah berlaku kes kain tak cukup dan bakal pengantin kena pergi beli kain lagi pastu kain dah habis pulak dan frust lantas menambah kedut di muka pengantin. NO NO NO! 
  3. Hantaran – Berapa banyak nak bagi? Belah perempuan berapa, belah lelaki berapa? Haaa pastu, nak bagi apa? Senaraikan satu-satu, masa bertunang nak beri apa, masa nikah pula nak beri apa. Ada yang beri sekali harung masa bertunang, masa nikah cuma bawa mas kahwin dan hantaran dan bunga telur. Terserah pada pasangan yang sedang bercinta itu. Along buat 7 berbalas 9 untuk bertunang dan nikah.
Bagi aku, tiga perkara ini paling kritikal untuk decide, terutamanya tentang baju. Perkara berbangkit lain boleh dibincangkan dengan keluarga, seperti kad jemputan, catering, khemah, pelamin, dan lain-lain.

Ni hasil rembatan Along (di bawah pengaruh 55% oleh aku) kat Jakel petang tadi. Kami ke tailor di Kajang dahulu sebelum pergi beli kain. Bincang punya bincang, Along nak buat baju kurung moden untuk bertunang. Simple and sweet. Untuk nikah dah discuss juga dengan tailor, tapi belum beli kain lagi. Jadinya mula-mula kami cari material untuk baju tunang. Lace + Chiffon + Lining. I like! Jenuh juga melayan Darrell. Biasalah budak kecik kan. Janji semua orang happy 🙂
Dah siap membeli material tunang, aku ajak Along tengok kain songket pula. Kat Jakel ada jual kain songket yang boleh beli dalam bentuk meter. Berapa meter pun ko nak pun boleh. Sebab Mak suka songket, dan nak Along bersanding pakai songket. Boleh je sewa custom kat butik pengantin, tapi biasanya akan ambik masa pula. Paling tidak pun 6 bulan, kan? Sebab dia nak kena sub tempat lain buat songket, then sub lagi untuk jahit. Manalah tidak dia minta 6 bulan baru boleh siap. Kalau hantar kat tailor, 2 minggu je boleh siap. Pilihan di tangan anda 🙂
Pilih punya pilih, Along berkenan warna biru. Navy blue ke Royal blue ke KakMa tak tau nak beza. Yang aku tau, ianya cantik. Hehehe. Memanglah cantik sebab aku yang suggest. Macamlah aku ada share dengan Jakel pun hahahaha. Beli sekali harung untuk lelaki sekali. Ye lah, dah bersanding kenalah borong sekali untuk lelaki. Siap beli material songket tu untuk sampin dan tanjak untuk lelaki, dan kasut untuk Along. Tu diaaaa siapppp!
Semoga dipermudahkan urusan Along dari bertunang sampai hari kenduri. Aamiin.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s