The road to financial and time freedom STARTS HERE

Salam semua 😀

Weekend dah habis, Isnin datang kembali! Aku suka hari Isnin, sentiasa rasa ada peluang baru yang aku boleh grab, sentiasa ada ruang untuk aku terus perbaiki diri aku. Final week bulan Ogos, macam-macam kena buat sebelum 31 haribulan, life wise dan juga business wise.

Life wise:

  1. Ahad ni birthday aku! Yang  ke-33. Aku dah get over dah feeling old, sebab aku tahu aku sentiasa nampak lebih muda dari suamiku. Ahaks!
  2. Suami aku ada roadshow kat One Utama hari Ahad ni! Yeay for not able to dating-dating on my birthday sobz sobz.
  3. 31 August 2015, adik ipar aku nak bertunang. Dah lama kami tak balik Melaka sebab bulan ni suamiku asyik asyik asyik dapat jadual kena bertugas on weekend. Alhamdulillah tapi sedih tapi bersyukurlah ada kerja, kan? 🙂

Business wise pulak, kena terus-menerus sibukkan diri dengan strategi-strategi pemasaran yang telah dipelajari. Tu dia, ayat trial SPM.  Memang aku berbisnes ni secara part time, tapi masih perlu pengorbanan masa untuk masa depan yang lebih gemilang. It is not all about the money, it is about the time to be spent with my loved ones in the future. Aku kena berkorban masa dan tenaga muda aku sekarang, untuk kesenangan keluarga dan anak-anak di masa hadapan.

Mentor aku share dalam group kami, tentang statistik orang yang berumur 65 tahun ke atas. Daripada slide itu, pecahan yang ada:

  • 54% dah takde duit dan mengharapkan orang lain
  • 36% sudah meninggal dunia
  • 5% masih bekerja
  • 4% ada sumber kewangan yang mencukupi
  • 1% kaya

Bila reflect dengan lifestyle aku sekarang, aku akan masuk peratusan yang mana satu? Of course aku tak nak “masih bekerja”. Kalau aku dah meninggal pun, tak nak lah meninggal sebab sakit yang kronik. Nak masuk 5% yang akhir tu ultimate goal. Ada sumber kewangan yang mencukupi DAN kaya. Titik.

Nak capai semua tu, bukan kena tunggu dah lepas pencen. Kena mula SEKARANG! Cari peluang untuk kembangkan bakat, cari peluang tambah ilmu, cari peluang untuk tambah nilai dan bantu orang lain. Istiqamah dalam kerja makan gaji, juga dalam side business.

FB_IMG_1440371691321

Mahu mulakan bisnes secara online mahupun offline secara part time? Sayalah orang yang anda cari 🙂

Hubungi Ima secara

WhatsApp : +6016-660-5816

E-mail : ima367@gmail.com

Hubungi saya dan saya akan beritahu pelan pemasaran dan juga bagaimana Shaklee memberi anda ganjaran atas usaha anda berniaga.

Hingga bertemu lagi. Salam sayang,

Ima Sulaiman

Advertisements

Open House Rumah Warisan 2015

Salam semua 🙂 🙂 🙂

Alhamdulillah, sementara masih ada bulan Syawal, memang tak berhenti orang buat Open House. Itulah kemeriahan Aidilfitri di Malaysia. Beberapa tahun sebelum Nenek meninggal, memang dah mula buat Open House kat Rumah Warisan. Sekarang Nenek dah takde, Mama dan adik beradik teruskan juga, bagi meriah Rumah Warisan ni.

Barisan menu pada tahun ini:

  • Soto nasi impit
  • Laksa kuah putih
  • Ketupat
  • Lepet
  • Daging masak kicap
  • Rendang ayam
  • Kambing bakar
  • Coleslaw
  • Tauhu goreng
  • Pecal
  • Kuih lemper
  • Buah tembikai
  • Pelbagai kek
  • Air tebu dan sirap ros
  • Teh O panas

Kalau dah namanya pergi rumah Nenek Dinah, orang makan memang kurang segan silu. Semua juadah yang ada pun dia nak rasa. Bukan takat jamah, memang MAKAN sepuas hati. Pukul 4 petang, Mama pergi beli satay untuk tambah makanan yang dah mulai habis. Tu pun baru keluar dua tray satay, sekelip mata pun dah habis. SubhanAllah.

CYMERA_20150808_134551

CYMERA_20150808_134541

CYMERA_20150808_120749

ketupat_dan_lepet
Ketupat dan Lepet digantung. Bila nak makan, ambil dan potong sendiri. Ramai yang geram menengok ia bergantungan. Lepet tu lagilah, orang siap minta bawa pulang. Hahahaha.

Apa itu lepet?

Lepet adalah makanan tradisi Jawa. Diperbuat daripada beras pulut dan kelapa parut. Dibungkus dengan daun kelapa yang muda (janur) dan kemudiannya direbus hingga masak. Kebiasaannya lepet disediakan semasa kenduri kesyukuran untuk ibu yang hamil 7 bulan semasa mengandungkan anak sulung. Aku tak sempat pun nak makan, tau-tau aje dah habis. hehe.

IMG-20150808-WA0007
Berbaju sedondon
IMG-20150808-WA0002
Pencinta tembikai

Ada seorang tetamu yang datang, sembang-sembang dengan Mama. Pastu Darrell pun lepak dengan nenek dia. Tetamu tu dalam lingkungan awal 20-an, sedang dukung anak berusia lebih kurang 4 bulan. Pastu aku pun join lepak kat meja diorang. Noticed yang aku ni mak Darrell, tetamu tu tanya Mama, “Kenapa putih? (merujuk pada kulit Darrell)” “Mak dia makan Shaklee dari mengandung.” jawab Mama.

Bukan pertama kali Darrell dipersoalkan kenapa dia putih. Nak kata terguris dengan soalan tu, tak lah sangat. Cuma rasa lucu di dalam hati. Hitam sangat ke kami ni kekekekekeke.

IMG-20150808-WA0016

IMG-20150808-WA0018
Part of Hajjah Dinah clan 2015

p/s: Rindu, memang sangat rindu pada Nenek.

Preparation for Along’s big day

Salam semua 🙂
Hari Sabtu = hari bersama keluarga! 
Lama sangat tak berjalan shopping kain. Teruja iols sebab kakak ipar bakal bertunang dan bernikah tahun ni. KakMa terus offer diri jadi wedding planner tak bertauliah. Hahahahaha. Semua pengalaman kita, kita share ajelah. Tak best biar orang rasa susah sangat.
Since raya, aku dah drill Along tentang preparation nak bertunang, nikah dan bersanding. Antara yang jadi topik utama adalah :
  1. Pemilihan warna – ini paling penting untuk bakal-bakal pengantin. Once dah decide warna, hampir 50% masalah selesai. Seriosa! Kalau masih indecisive tentang warna, memang forever and ever lah stucked nak bincang pasal warna apa. Kalau boleh letak aje rainbow, tapi pening pulak. Hahaha.
  2. Design baju – Masa untuk belek majalah Pengantin! Takyah nak tengok yang latest sangat pun takpe. Tengok yang 5 tahun lepas pun ok, sebab biasanya design akan recycle semula, kan. Paling bagus, buat design yang classic. Tak ditelan zaman. MY BEST ADVICE : Jumpa tailor/designer kegemaran dahulu sebelum pergi beli kain (bagi yang mahu jahit sendiri dan tidak sewa di butik pengantin). Kenapa? Senang nak beli kain. Tidaklah berlaku kes kain tak cukup dan bakal pengantin kena pergi beli kain lagi pastu kain dah habis pulak dan frust lantas menambah kedut di muka pengantin. NO NO NO! 
  3. Hantaran – Berapa banyak nak bagi? Belah perempuan berapa, belah lelaki berapa? Haaa pastu, nak bagi apa? Senaraikan satu-satu, masa bertunang nak beri apa, masa nikah pula nak beri apa. Ada yang beri sekali harung masa bertunang, masa nikah cuma bawa mas kahwin dan hantaran dan bunga telur. Terserah pada pasangan yang sedang bercinta itu. Along buat 7 berbalas 9 untuk bertunang dan nikah.
Bagi aku, tiga perkara ini paling kritikal untuk decide, terutamanya tentang baju. Perkara berbangkit lain boleh dibincangkan dengan keluarga, seperti kad jemputan, catering, khemah, pelamin, dan lain-lain.

Ni hasil rembatan Along (di bawah pengaruh 55% oleh aku) kat Jakel petang tadi. Kami ke tailor di Kajang dahulu sebelum pergi beli kain. Bincang punya bincang, Along nak buat baju kurung moden untuk bertunang. Simple and sweet. Untuk nikah dah discuss juga dengan tailor, tapi belum beli kain lagi. Jadinya mula-mula kami cari material untuk baju tunang. Lace + Chiffon + Lining. I like! Jenuh juga melayan Darrell. Biasalah budak kecik kan. Janji semua orang happy 🙂
Dah siap membeli material tunang, aku ajak Along tengok kain songket pula. Kat Jakel ada jual kain songket yang boleh beli dalam bentuk meter. Berapa meter pun ko nak pun boleh. Sebab Mak suka songket, dan nak Along bersanding pakai songket. Boleh je sewa custom kat butik pengantin, tapi biasanya akan ambik masa pula. Paling tidak pun 6 bulan, kan? Sebab dia nak kena sub tempat lain buat songket, then sub lagi untuk jahit. Manalah tidak dia minta 6 bulan baru boleh siap. Kalau hantar kat tailor, 2 minggu je boleh siap. Pilihan di tangan anda 🙂
Pilih punya pilih, Along berkenan warna biru. Navy blue ke Royal blue ke KakMa tak tau nak beza. Yang aku tau, ianya cantik. Hehehe. Memanglah cantik sebab aku yang suggest. Macamlah aku ada share dengan Jakel pun hahahaha. Beli sekali harung untuk lelaki sekali. Ye lah, dah bersanding kenalah borong sekali untuk lelaki. Siap beli material songket tu untuk sampin dan tanjak untuk lelaki, dan kasut untuk Along. Tu diaaaa siapppp!
Semoga dipermudahkan urusan Along dari bertunang sampai hari kenduri. Aamiin.