Asid Folik Penting untuk Ibu Mengandung

Salam semua.

Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya amalkan pengambilan asid folik semasa saya mengandung anak pertama dan kedua. Saya mendapat anak pada kehamilan kedua dan keempat. Kehamilan pertama dan ketiga saya tidak menjadi sebab blighted ovum. Blighted ovum ni berlaku sebab kerosakan DNA semasa persenyawaan. Sebenarnya tiada janin terbentuk, dan dalam kantung tu kosong. Ia boleh dikeluarkan secara D&C, ataupun keluar secara semulajadi. Untuk kedua-dua kehamilan dengan blighted ovum ni, saya tunggu ia gugur sendiri. Ia berlaku pada minggu 10 untuk hamil kali pertama, dan minggu 12 pada kehamilan ketiga. Selepas gugur, saya terus amalkan B-Complex yang mengandungi asid folik supaya rahim terus bersedia untuk mengandung.
Alhamdulillah selepas 2 bulan, saya kembali hamil. Siapa kata saya tak cuak nak mengandung lagi, bimbang diuji dengan blighted ovum lagi. Alhamdulillah mengandung kali kedua dan keempat ini menjadi dengan baik. Semuanya atas izin ALLAH jua. B-complex sangat membantu saya jadi lebih tenang dari segi perlakuan, juga dari segi minda sebab saya tahu saya dapat bekalan asid folik yang mencukupi setiap hari. Masa mengandung ni lah kita lebih ambil tahu apa yang menyebabkan kecacatan pada anak akibat kekurangan asid folik, sebolehnya kita elakkan dengan amalkan makan asid folik paling kurang 3 bulan sebelum mengandung.
Sekarang dah masuk trimester ketiga untuk anak kedua, saya masih ambil B-complex untuk maintain tenang sepanjang hari. Kena pandai kawal emosi, terutamanya bila menghadap anak-anak murid dan keluarga. Maklumlah, mengajar anak-anak murid dah masuk alam dewasa ni, dengan darah muda diorang lagi. Takkanlah kita nak guna kekerasan dalam kelas, kan. Kena kekal tenang gitu. Tambahan lagi dengan jawatan sebagai Head of Programme, awal semester memang students datang tak putus, masing-masing dengan masalah mereka yang unik dan tersendiri. Kalau kena jumpa 15 orang sehari, takkan nak naik angin 15 kali. Mahu kena darah tinggi pulak. Haa… kat sinilah B-Complex memainkan peranan. Diorang nak bagi masalah macam mana pun, boleh lagilah nak senyum dan gelak-gelak hiburkan hati sendiri 🙂

Biasanya digalakkan untuk ambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung dan sepanjang trimester pertama, namun tiada masalah untuk terus ambil B-complex sehingga habis mengandung dan sambung lagi semasa berpantang.

Mahukan masa hamil yang tenang dan menggembirakan? Jangan skip ambil B-complex setiap hari!
Dapatkan B-Complex Shaklee yang natural dan mendapat sijil halal dan juga diiktiraf KKM, yang sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam daripada Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mail : ima367@gmail.com
FB personal : Ima Sulaiman

Saya doakan ibu-ibu sekalian mendapat zuriat yang soleh dan menjadi tiket ke syurga. Aamiin.

Blog Reference:
Dr. Zubaidi – Anak Lahir Tiada tempurung Kepala http://drzubaidi.com/blog/anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd/
Dr. Zubaidi – Prenatal Vitamin Mana yang Perlu Dibeli? http://drzubaidi.com/blog/prenatal-vitamin-mana-yang-perlu-dibeli/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s