Monthly Check up di Klinik Desa Sungai Ramal

Salam semua πŸ™‚

Dah masuk 24 minggu rupanya. Alhamdulillah. Pejam celik dah setengah tahun. Debbor nak bersalin! Klinik Desa Sungai Ramal ni klinik desa paling dekat dengan rumah. Free check ups, siapa tak nak kan? Syukurlah dengan kemudahan percuma yang ada πŸ˜€

Lepas hantar Darrell kat taska, baru aku g KD. Darrell tengah fasa tak nak pergi taska dengan bapak dia. Maka, ibunya lah yang kena hantar. Baiklah anak syurga.

Masa aku sampai, ada sorang sebelum aku hantar check up baby. Macam biasa lah, check urine, check berat, check blood pressure. HB tak check pulak hari ni. Mungkin sebab rekod baik. Awal bulan haritu HB aku 12. Cantik juga lepas aku amalkan ambil 2 biji multivitamin setiap hari.

Nak tunggu masuk jumpa nurse kedua yang lama sikit menunggu dan tertunggu. Layan ajelah. Aircond pun ada, cuma telefon yang mati. Ada satu family bawa anak sulung pergi check up. Suami dia sangat prihatin pada pemerhatian aku, isteri pula sebaliknya. “Dah letak buku? Dah letak number? Ni ke misi yang baik tu? Mana pergi misi-misi lama?” Isteri boleh pulak main telefon, suami tanya ada yang tak berjawab. Hahaha kenalah yin dan yang kan, baru melekat.

Ok, my turn jumpa misi! Misi check, aku naik 3.5kg dari last check up. Sepatutnya cuma naik 2kg, ni dah terlebih 1.5kg sudah. Oh ow…. Misi tanya aku makan apa, aku jawab happy sangat kot, makan pun banyak. hahahaha buat misi gelak aje. Misi tu pun jenis #MudahTerhibur macam aku jugak. Sikit-sikit pun leh gelak hehehehe. Siapa kata misi kerajaan semua garang. Misi kat KD Sungai Ramal ni mesra pelanggan tau.

So misi jadualkan beberapa pertemuan untuk check up dalam bulan ni. Cuma check BP, urine dan berat badan. Nak monitor kalau-kalau ada risiko pre-eclampsia. Ima yang susah naik berat, tak tau lah kenapa happyly naik berat pula ni.

Hujung bulan ni kena buat MGTT. Yikes!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s