Pengalaman berteraweh sekeluarga di Masjid Sungai Ramal

Salam 1 Ramadan!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh berkat ini. Memang bersemangat sungguh berteraweh malam tadi, kami masing-masing mengheret anak pergi ke Masjid Sungai Ramal dan join kemeriahan sambut Ramadan dengan solat sunat teraweh.

Balik kerja je terus cari baju Melayu untuk suami dan anak. Semua kena cun, cantik, bersih untuk ke masjid. Darrell pun excited hari-hari pun lalu depan masjid, ni baru nak pergi betul-betul.

Masjid penuh! Seronok kalau setiap kali solat fardu pun penuh sebegini. Aku terpaksa dengan sengaja duduk luar, senang Darrell nak cari kalau dia meragam. Solat Isyak berjemaah Alhamdulillah Darrell masih behave. Lepas tu ada ucapan dan tazkirah daripada orang masjid. Malam ni ada moreh bubur lambuk yeay!

Tazkirah adalah tentang solat sunat witir. Mana yang lebih bagus, buat witir sejurus teraweh, atau buat witir semasa qiamulail?

Ada dua pendapat dari sahabat Nabi Muhammad (berselawatlah ke atas Baginda), iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Kedua-dua mereka adalah rapat dengan Baginda, maka kita boleh ikut contoh mereka. Saidina Abu Bakar mengamalkan solat sunat witir selepas solat sunat teraweh, kerana Abu Bakar adalah orang yang hati-hati, bimbang tidak terjaga semasa qiamulail. Menurut Saidina Ali pula, witir dikerjakan semasa qiamulail. Jadi, nak buat witir lepas mana-mana solat pun boleh, ikut kemampuan masing-masing.

Masjid Sungai Ramal buat teraweh 8 rakaat, diikuti dengan tazkirah dan solat witir. Maka solat teraweh pun bermula…

Sambil tazkirah diberi, kami yang duduk kat luar ni dihamparkan dengan carpet yang baru dibuka dari gulungan. Belah kanan jemaah lelaki, belah kiri masjid jemaah perempuan. Aku duduk dekat dengan pintu utama, bersebelahan dengan gulungan carpet yang agak besar. Nak mula teraweh ni, Darrell started whining. Darrell ni ada OCD sikit. Dia nak semua benda proper di mata dia. Jadinya kali ini, gulungan carpet tu adalah tidak proper di mata dia. Maka ibu mithali ini buka dan lipat sikit-sikit carpet tu supaya tidak bergulung lagi. Dah rata, baru Darrell happy dan sambung main. Ibu mithali ini jadi makmum masbuk untuk teraweh yang pertama. Tak perlu stress, ini kan solat sunat. Dapat berjemaah pun sangat seronok, kan? 🙂

Solat teraweh yang kedua… Oh ada budak sebaya Darrell, nampak seperti nak main sama-sama. Oh tidak, dah mula tolak-tolak! Ibu mithali ini batalkan solat untuk selamatkan keadaan, namun anak sudah meraung. Huwaaaa… selepas tenang, ibu mithali ini sambung solat dan adalah masbuk lagi *peluh besar*. Mendengar suara anak syurga ini menangis, bapak mithali pun ajak kami pulang.

Maka pulanglah kami selepas 2 salam. Pergi moreh kat Restoran Yus. Balik rumah sambung lagi 2 salam selepas Darrell tidur. Selamatlah kisah kami teraweh di Masjid Sungai Ramal 😀

Best kan teraweh? Setahun sekali je dapat buat. Bulan lain takde teraweh. Jadi, rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini 🙂

Salam Ramadan,
Ima Sulaiman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s