Shaklee National Conference 2015 @ MIECC

Hari yang dinanti telah tiba!
Memang excited sangat tunggu hari ni, nak dapatkan semangat untuk terus berbisnes dengan Shaklee. Mana tak semangat, nampak banner NC je terus snappy happy hihi!

Bercinta jugaklah nak cari parking, sebab parking penuh tak tentu hala. Bukan takat orang yang datang untuk NC, orang yang nak pergi The Big Bad Box Sale by Big Bad Wolf pun bertepek-tepek parking kat situ. Diorang ingat buat kat MIECC, sebenarnya kat MINES 2. Pusing punya pusing, dapat juga parking yang berdekatan dengan lif.

Tu diaaa gah betul stage tahun ni. I like sebab tak sesejuk venue last year (dan parking lebih murah hehehe) Last year aku g NC siap demam-demam. Tak tau lah sebab expectations atau terkejut sound system gedegung gedegang macam apa. Tapi style dia buat event memang macam ni, DJ pasang lagu cam kat disko. Event lah katakan.

Selfie sket…. πŸ˜€

Sambil tunggu event mula, kita tengok sikit apa ada dalam goodie bag. Nak masuk NC, kena beli tiket. RM30 je. Dapat beg guni Shaklee yang gojes ni, shaker dengan multipurpose container macam dalam gambar, 4 sachet Collagen Powder, YES booklet, pen, car sticker, road tax sticker. Memang lebih dari harga RM30 pun. Tak campur lagi dengan sharing daripada speaker. Berbaloi-baloi attend NC. Next year mesti pergi tanpa bayar RM30 πŸ™‚

Habis snappy-snappy, Puan Sumie pun datang. Takleh sambung snappy happy goody bag lagi hahaha. Puan Sumie ada, kita kena serius ye. Tak lama lepas tu, acara pun bermula.

Highlight hari pertama NC adalah Master Parade, pastu perasmian, diikuti dengan sharing daripada Masters dan juga penyampaian award.

Tahun ni majlis dibuka dengan persembahan b-boys elecoldxhot. wuu kakma suka kakma suka! Memang follow diorang masa 8tv Showdown zaman aku bebujang dulu. Sumie terbangak-bangak aje tengok aku excited sorang-sorang. Tapi, aku prefer tengok kat TV dari tengok live. Masa diorang perform pun aku tengok kat screen, lagi puas sebab nampak besar hehehe.

Sharing daripada Masters memang best. Kita ambil yang isinya ajelah ye, jadi pedoman hari muka. Bagi yang tak datang, memang takde feel pun kalau kita ulang cerita yang sama. Bila dengar live, barulah syiok. Tak paham ke tak paham? Next year g attend NC k? πŸ˜€

Award terakhir untuk hari Sabtu adalah New Master Award. Salah satunya adalah Master Aishah, di bawah susur galur PAF. Siap naik pentas hydraulic uols. Kellas gittew. Gayattt katanya kekeke. Congrats Aishah and Par, you guys really deserve it πŸ™‚ Semoga terus lahirkan leaders yang berkaliber.

Sebelum balik, beregar-legar kat ruang pameran dan beli a few Shaklee merchandise. Itu cerita lain hari lah ye. Hari ini kita cerita gambar di atas sahaja. Kebetulan nak amik gambar, tapi teman-teman semua dah pulang. Ada sorang Master dan family dia baru lepas bergambar kat situ. Aku pun muka manis-manis minta tolong anak perempuannya ambilkan gambar aku. Mr Victor pun sporting dok lepak-lepak situ offer diri ambil gembar bersama. Dah habis bergambar, aku cakap kat Mr Victor, “next year pergi sini ye?” sambil tunjuk gambar background. “Mesti semua orang pergi sini!”, balas Mr Victor. Awwww tak larat sangattttt.
2016, Shaklee Pleasenton. Ima bergambar kat situ!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s