Resepi ringkas : Telur Bersarang Roti Berkeju

Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 🙂

Hari ni rajin lebih, maka terciptalah sarapan. Hahaha. Nak habiskan roti, selalunya buat French Toast atau roti salut telur biasa tu je, hari ni inovatif sikit. Hihihi.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Keju keping
Butter atau minyak
Sedikit garam dan lada hitam (jika suka)


Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali leper. Letak sedikit butter.
2. Potong bahagian tengah roti guna pisau atau pairing knife. Nak buat bentuk bulat boleh, empat segi pun boleh. Lubang tengah roti ni untuk letak telur nanti.
3. Panggang roti atas kuali, lebih kurang seminit. Terbalikkan.

4. Pecahkan telur yang sudah dibasuh di tengah-tengah roti. Aku guna api paling kecik. Ni guna telur besar, tu yang melimpah-limpah hahaha.
5. Nak buat telur lebih cepat masak, boleh renjis air pada cover periuk camni, dan tutup kuali. Wap air akan bantu untuk mempercepatkan proses memasak tanpa perlu balikkan telur. Dapat teknik ni sebab nonton Food Network channel hehehe. Sesuai untuk orang yang suka telur goyang. Family aku tak suka telur lembik-lembik, jadi aku balikkan jugak.

6. Taburkan sedikit garam dan lada hitam sebelum telur masak atau sebelum balikkan telur.

7. Potongkan keju keping dalam bentuk memanjang. Nak letak sekeping terus pun boleh. Sebelum angkat, letakkan cheese strips ni atas telur. Haba dari telur akan cairkan keju. Yummm.
Alhamdulillah dah siap pun Telur Bersarang Roti Berkeju KakMa! Bolehlah cuba untuk sarapan atau brunch atau supper. Selamat mencuba!

Ima

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s