Kurangkan selsema tanpa ubat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Minggu ni Darrell terjangkit dengan kawan-kawan taska, kena selsema. Kesian tengok meleleh air jernih kat hidung. Dah beberapa kali buat minyak bawang putih ni untuk Darrell, Alhamdulillah tidur lebih lena dan selsema cepat hilang.
Dua je bahan nak buat minyak bawang putih ni. Bawang putih dan minyak. Boleh guna minyak zaitun, kalau takde, guna minyak masak.
 

Mula-mula bakar bawang putih tu, sampai keluar aroma yang harummm. Tak perlu buang kulit, bakar aje sekali dengan kulitnya. Agak- agak dah empuk, boleh matikan api.

Bawang putih rentung

Dah siap dibakar, lenyekkan bawang putih tu dalam satu bekas. Tambahkan minyak zaitun atau minyak masak lebih kurang 2 sudu. Dah siap untuk digunakan.

Tadaaa.. minyak bawang putih dah siap!

Macam mana nak guna minyak ni? Urut tapak kaki anak dengan minyak ni. Kalau lelaki, mulakan dengan kaki kanan. Jika perempuan, mulakan dengan kaki kiri. Tu yang mak aku ajar. Mula urut dengan tapak jari kaki, kelima-limanya. Tapak jari kaki adalah pusat saraf yang bersambung dengan pernafasan. Pastu seluruh tapak kaki, tumit, dan betis. Pastu urut kaki lagi satu.

Ni baru lepas urut si kecik, dah lena dah tidur. Semoga esok lebih sihat. Aamiin.
Bagi mereka yang dewasa pun boleh buat yang sama. Selesa! Boleh juga amalkan makan bawang putih mentah untuk hilangkan selsema. Bawang putih ni boleh bantu tingkatkan sistem imun, seterusnya bantu badan pulih lebih cepat. Pilihan saya? Mestilah Garlic Complex Shaklee 🙂
Garlic Complex
Garlic Complex
Semoga semua orang sihat-sihat belaka. Aamiin!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s