Resepi ringkas : Telur Bersarang Roti Berkeju

Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua πŸ™‚

Hari ni rajin lebih, maka terciptalah sarapan. Hahaha. Nak habiskan roti, selalunya buat French Toast atau roti salut telur biasa tu je, hari ni inovatif sikit. Hihihi.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Keju keping
Butter atau minyak
Sedikit garam dan lada hitam (jika suka)


Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali leper. Letak sedikit butter.
2. Potong bahagian tengah roti guna pisau atau pairing knife. Nak buat bentuk bulat boleh, empat segi pun boleh. Lubang tengah roti ni untuk letak telur nanti.
3. Panggang roti atas kuali, lebih kurang seminit. Terbalikkan.

4. Pecahkan telur yang sudah dibasuh di tengah-tengah roti. Aku guna api paling kecik. Ni guna telur besar, tu yang melimpah-limpah hahaha.
5. Nak buat telur lebih cepat masak, boleh renjis air pada cover periuk camni, dan tutup kuali. Wap air akan bantu untuk mempercepatkan proses memasak tanpa perlu balikkan telur. Dapat teknik ni sebab nonton Food Network channel hehehe. Sesuai untuk orang yang suka telur goyang. Family aku tak suka telur lembik-lembik, jadi aku balikkan jugak.

6. Taburkan sedikit garam dan lada hitam sebelum telur masak atau sebelum balikkan telur.

7. Potongkan keju keping dalam bentuk memanjang. Nak letak sekeping terus pun boleh. Sebelum angkat, letakkan cheese strips ni atas telur. Haba dari telur akan cairkan keju. Yummm.
Alhamdulillah dah siap pun Telur Bersarang Roti Berkeju KakMa! Bolehlah cuba untuk sarapan atau brunch atau supper. Selamat mencuba!

Ima

Advertisements

Testimoni OsteMatrix : Sakit kaki semakin berkurang!

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua πŸ™‚

Hujung bulan lepas, beli stok untuk bulan ni. Senang nak jual bila dah ada ready stok ni. Customer nak barang je, terus zassss hantar. Weekend lepas balik Melaka, jadinya bawaklah sekali harta rampasan kesayangan ni. Bukak je kotak, zass Along sambar Cinch Shake. Sempena promo OsteMatrix, aku bagi Mak sebotol OsteMatrix. Hari sebelumnya dengar juga Mak sebut sakit kaki and what not, jadi apa salahnya cuba ambil OsteMatrix ni untuk Mak.

Mak gelak-gelak malu tapi mahu je aku bagi OsteMatrix ni. Mak kata, Mak pun ada ambik Calcium-Magnesium A****, tapi nanti tulang tumbuh jadi panjang. KakMa senyum ajelah, aku tak reti nak jawab on the spot. Keesokkan harinya aku whatsapp Mak terangkan pasal OsteMatrix, tentang kalsium dan cara makan OsteMatrix.

Baru tadi suami call Mak, pastu Mak cerita apa dia rasa lepas makan OsteMatrix. Mak kata:
– lebih mudah tidur,
– lebih senang buang air di waktu pagi,
– sakit kat kaki semakin berkurang.
Dah lama Mak sakit kaki, sejak aku kenal Mak lagi. Alhamdulillah dalam masa 5 hari Mak dah dapat rasa perubahan positif. KakMa doakan Mak terus sihat.

Jom hadiahkan kesihatan yang lebih baik untuk orang tua kita, salah satu cara untuk kita balas jasa mereka.

Your Shaklee product advisor,
Ima Sulaiman
SMS/Call/WhatsApp 0166605816
E-mail ima367@gmail.com

Kurangkan selsema tanpa ubat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Minggu ni Darrell terjangkit dengan kawan-kawan taska, kena selsema. Kesian tengok meleleh air jernih kat hidung. Dah beberapa kali buat minyak bawang putih ni untuk Darrell, Alhamdulillah tidur lebih lena dan selsema cepat hilang.
Dua je bahan nak buat minyak bawang putih ni. Bawang putih dan minyak. Boleh guna minyak zaitun, kalau takde, guna minyak masak.
Β 

Mula-mula bakar bawang putih tu, sampai keluar aroma yang harummm. Tak perlu buang kulit, bakar aje sekali dengan kulitnya. Agak- agak dah empuk, boleh matikan api.

Bawang putih rentung

Dah siap dibakar, lenyekkan bawang putih tu dalam satu bekas. Tambahkan minyak zaitun atau minyak masak lebih kurang 2 sudu. Dah siap untuk digunakan.

Tadaaa.. minyak bawang putih dah siap!

Macam mana nak guna minyak ni? Urut tapak kaki anak dengan minyak ni. Kalau lelaki, mulakan dengan kaki kanan. Jika perempuan, mulakan dengan kaki kiri. Tu yang mak aku ajar. Mula urut dengan tapak jari kaki, kelima-limanya. Tapak jari kaki adalah pusat saraf yang bersambung dengan pernafasan. Pastu seluruh tapak kaki, tumit, dan betis. Pastu urut kaki lagi satu.

Ni baru lepas urut si kecik, dah lena dah tidur. Semoga esok lebih sihat. Aamiin.
Bagi mereka yang dewasa pun boleh buat yang sama. Selesa! Boleh juga amalkan makan bawang putih mentah untuk hilangkan selsema. Bawang putih ni boleh bantu tingkatkan sistem imun, seterusnya bantu badan pulih lebih cepat. Pilihan saya? Mestilah Garlic Complex Shaklee πŸ™‚
Garlic Complex
Garlic Complex
Semoga semua orang sihat-sihat belaka. Aamiin!

Class for Business Leaders with PM Cery

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
31 January 2015, confirmed naik rank Supervisor. Setelah sekian lama tulis kat wallpaper phone, setiap bulan mesti update akan jadi Supervisor. Sejak April 2014. Setiap bulan mesti tulis kat phone “Ima SUPERVISOR April 2014”. Bulan berganti, maka status pun berganti. Tapi bulan lepas aku tulis “Ima SUPERVISOR Feb 2015”, Alhamdulillah dapat jadi Supervisor pada hujung January 2015. Mungkin tips nya kena tulis advance satu bulan πŸ˜‰
1 February, nampak PM Cery update poster ni kat page FTC. Mesti pergi ni! Walaupun masih fasa “eh aku dah jadi supervisor ke? dah jadi leader ke?”, aku mesej upline aku, Puteri, tanya ok tak aku pergi kelas ni. Mestilah mak suruh pergi kan. Awal bulan lagi tu, lagi mudah nak set next target, lagi mudah nak buat mindset ke arah masa depan yang lebih gemilang!
Syukurlah kelas awal pagi, sempat aku pergi sebelum aku punya kelas pukul 2. Style kelas ni adalah “grill sampai ko jawab”. Tembak tembak tembak apa basics marketing? Apa latarbelakang company? Apa product yang ada? Macam mana jaga customer? Tembak tembak tembak. I like! Tak senang duduk dibuatnya. Berdebar-debar nak jawab walaupun soalan simple. Sambil grill, sambil bagi tips how to improve more. Kena berlapang dada masuk kelas camni. Hati tisu kalu, remuk hati kena grill hahaha.Β 
PM Cery
Good experience to be among the leaders. Paling best sharing session lah. Aku kena tanya, macam mana aku jadi Supervisor? Dengan perasaan masih bercampur baur baru jadi Supervisor dua hari, aku jadi kelu nak menjawab. Aku register sebagai member Shaklee pada August 2012, dan mula berbisnes sekitar October – November 2013. Lebih setahun masa aku ambik untuk naik rank, macam upline aku kata, aku sentiasa buat walaupun UV naik turun bak gelora. Konsisten lah senang katanya. Beberapa bulan terakhir ni aku tambah lagi cara aku sharing, dengan update blog ni lebih kerap, dan juga tambahkan amalan rohani. Amalan rohani seperti solat dhuha, tahajjud, taubat dan witir, zikir, selawat dan istighfar, Alhamdulillah buat aku lebih kuat dalaman untuk hadapi banyak dugaan berbisnes. Bunyi macam cliche, tapi bila kita buat, baru kita rasa result nya.

Tengah nervouse kena interview dengan PM Cery!

Tengah buat target for Feb 2015. PM Cery check satu-satu. Mujur dah buat semalam dan present pada Puteri πŸ˜€

Memang best class buat kat Faizworld. Cukup selesa dengan warna hijau yang tenang juga kemudahan tandas, surau dan kids room yang disediakan. Paling best mestilah Tester Corner yang ada Cinch, Meal Shake, ESP, Performance drink dan pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.

Kalau nak sewa training room ni, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com

Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKEΒ 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre

Doakan aku terus sukses dan maju dengan bisnes Shaklee. Aku nak jadi Master Coordinator dan nak pergi Global Conference di USA pada tahun 2016! See u guys there!

Ima Sulaiman
Effective Supervisor February 2015

4 supplement promosi untuk Februari 2015

Promo Februari 2015
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua πŸ˜€

Bulan ni sekali 4 Shaklee bagi promo. Vita-Lea Iron Formula, OsteMatrix, Advanced Joint Health Tablet dan Vita-Lea for Children.

Promo untuk Vita-Lea for Children pun dilanjutkan lagi dari bulan lepas, mesti sebab sambutan hangat kan. Sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar, untuk pastikan diorang dapat khasiat dan nutrient yang secukupnya. Perisa anggur asli, tanpa pewarna dan pemanis tiruan.

Sering lesu dan tak bermaya? Mungkin anda kekurangan nutrisi penting dalam badan. Vita-Lea Iron Formula bekalkan 28 jenia vitamin dan mineral untuk menampung keperluan badan, supaya kekal aktif dan ceria. Rasa multivitamin tak penting? Fikir semula…

OsteMatrix, supplement kegemaran saya! Minimum mesti ambil 1 set untuk stok sendiri setiap kali ada promo OsteMatrix. WAJIB BORONG untuk yang selalu rasa lenguh-lenguh, ibu hamil untuk elak simpul biawak, remaja yang belum baligh tapi nak tinggi dan juga yang ada masalah tulang dan gigi. Calcium yang datang dengan vitamin D dan magnesium ini adalah untuk anda!

Advanced Joint Health Tablet, biasa dipanggil AJHT. Mereka yang alami sakit-sakit sendi memang sangat suka supplement ni. Lebih lagi bagi yang kusyen sendi dah haus, memang digalakkan sangat ambil AJHT untuk pulihkan kembali kusyen sendi atau tulang rawan antara sendi tu.

Nak grab offer ni? Contact Ima cepat! Ima akan cadangkan set terbaik untuk concern anda, serta jadual pengambilan supplement dan tips berkaitan eksklusif untuk anda!

Ima Sulaiman
Supervisor February 2015
Call/WhatsApp +60166605816
E-mail ima367@gmail.com