Wanita, hargai kesihatan dirimu. [Set Kesihatan Wanita]

Wanita zaman sekarang memang menitik beratkan kecantikan dan kesihatan. Kalau ada produk yang boleh handle cantik dan sihat, mesti ramai yang suka. 2 in 1 gitu, senang kerja.
Jumpa satu artikel kat Utusan, tentang wanita dan kesihatan jantung. Meh baca sikit.

Peka Dengan Perubahan Kesihatan, Oleh Siti Aishah Yusoff

SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki.
Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser.
Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. “Sebanyak 34 peratus wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
“Kajian juga menunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki. “Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut.
“Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung,” katanya. Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki.
Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya. “Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut.
“Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba,” katanya. Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.
“Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. “Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.
“Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140311/kn_01/Peka-dengan-perubahan-kesihatan#ixzz39TogQe6n © Utusan Melayu (M) Bhd 

Supplement wanita Shaklee
Set Kesihatan Wanita.
Klik pada gambar untuk beli secara online.

Khusus untuk wanita, Shaklee datangkan Set Kesihatan Wanita (Women’s Health Set). Set ini memastikan kesihatan secara menyeluruh, merangkumi keseimbangan hormon, kesihatan jantung, gigi dan tulang.

Nikmati manfaat omega-6 dalam kestabilan hormon, yang boleh mengurangkan senggugut, PMS, simptom-simptom menopos, dan juga meroyan selepas melahirkan. Ada pengguna yang ambil untuk stabilkan hormon, tetapi dapat kulit lebih lembut dan rambut yang lebih kuat. Itulah “side effect” mereka yang dah amalkan GLA Complex.

Omega-3 pula yang minyaknya terpilih dari ikan laut dalam, sangat bermanfaat untuk kuatkan daya ingatan, menjaga jantung dan juga salur darah. “Side effect” omega-3 ni pula boleh dapat perut bebas buncit dan juga kulit lebih licin. Ingat omega-3, ingat OmegaGuard!

Akhir sekali, kalsium. Sangat penting untuk elakkan osteoporosis. Jisim tulang bagi wanita akan semakin menurun apabila wanita mencecah umur 25 tahun. Disarankan ambil 1000mg kalsium sehari untuk elakkan tulang rapuh dan gigi reput. Kalsium boleh didapati dari makanan harian seperti susu dan sayuran hijau. OsteMatrix, bukan sekadar kalsium, diperkaya dengan vitamin D dan magnesium untuk badan menyerap kalsium dengan optimum.

Nah wanita, hargai kesihatan dan kecantikan dirimu dengan Set Kesihatan Wanita hari ini!

Psst, nak dapatkan free Shaklee membership? Pakat dengan adik beradik atau kawan-kawan wanita anda, beli TIGA SET sekaligus dan anda layak dapat FREE SHAKLEE MEMBERSHIP! Terus dapat beli dengan harga member. Best? Memanglah best!

Nota: GLA Complex tidak sesuai diambil oleh wanita hamil.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan free consultation.
Ima Sulaiman
SMS/WhatsApp 016.660.5816
ima367@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s