The road to financial and time freedom STARTS HERE

Salam semua 😀

Weekend dah habis, Isnin datang kembali! Aku suka hari Isnin, sentiasa rasa ada peluang baru yang aku boleh grab, sentiasa ada ruang untuk aku terus perbaiki diri aku. Final week bulan Ogos, macam-macam kena buat sebelum 31 haribulan, life wise dan juga business wise.

Life wise:

  1. Ahad ni birthday aku! Yang  ke-33. Aku dah get over dah feeling old, sebab aku tahu aku sentiasa nampak lebih muda dari suamiku. Ahaks!
  2. Suami aku ada roadshow kat One Utama hari Ahad ni! Yeay for not able to dating-dating on my birthday sobz sobz.
  3. 31 August 2015, adik ipar aku nak bertunang. Dah lama kami tak balik Melaka sebab bulan ni suamiku asyik asyik asyik dapat jadual kena bertugas on weekend. Alhamdulillah tapi sedih tapi bersyukurlah ada kerja, kan? 🙂

Business wise pulak, kena terus-menerus sibukkan diri dengan strategi-strategi pemasaran yang telah dipelajari. Tu dia, ayat trial SPM.  Memang aku berbisnes ni secara part time, tapi masih perlu pengorbanan masa untuk masa depan yang lebih gemilang. It is not all about the money, it is about the time to be spent with my loved ones in the future. Aku kena berkorban masa dan tenaga muda aku sekarang, untuk kesenangan keluarga dan anak-anak di masa hadapan.

Mentor aku share dalam group kami, tentang statistik orang yang berumur 65 tahun ke atas. Daripada slide itu, pecahan yang ada:

  • 54% dah takde duit dan mengharapkan orang lain
  • 36% sudah meninggal dunia
  • 5% masih bekerja
  • 4% ada sumber kewangan yang mencukupi
  • 1% kaya

Bila reflect dengan lifestyle aku sekarang, aku akan masuk peratusan yang mana satu? Of course aku tak nak “masih bekerja”. Kalau aku dah meninggal pun, tak nak lah meninggal sebab sakit yang kronik. Nak masuk 5% yang akhir tu ultimate goal. Ada sumber kewangan yang mencukupi DAN kaya. Titik.

Nak capai semua tu, bukan kena tunggu dah lepas pencen. Kena mula SEKARANG! Cari peluang untuk kembangkan bakat, cari peluang tambah ilmu, cari peluang untuk tambah nilai dan bantu orang lain. Istiqamah dalam kerja makan gaji, juga dalam side business.

FB_IMG_1440371691321

Mahu mulakan bisnes secara online mahupun offline secara part time? Sayalah orang yang anda cari 🙂

Hubungi Ima secara

WhatsApp : +6016-660-5816

E-mail : ima367@gmail.com

Hubungi saya dan saya akan beritahu pelan pemasaran dan juga bagaimana Shaklee memberi anda ganjaran atas usaha anda berniaga.

Hingga bertemu lagi. Salam sayang,

Ima Sulaiman

Open House Rumah Warisan 2015

Salam semua 🙂 🙂 🙂

Alhamdulillah, sementara masih ada bulan Syawal, memang tak berhenti orang buat Open House. Itulah kemeriahan Aidilfitri di Malaysia. Beberapa tahun sebelum Nenek meninggal, memang dah mula buat Open House kat Rumah Warisan. Sekarang Nenek dah takde, Mama dan adik beradik teruskan juga, bagi meriah Rumah Warisan ni.

Barisan menu pada tahun ini:

  • Soto nasi impit
  • Laksa kuah putih
  • Ketupat
  • Lepet
  • Daging masak kicap
  • Rendang ayam
  • Kambing bakar
  • Coleslaw
  • Tauhu goreng
  • Pecal
  • Kuih lemper
  • Buah tembikai
  • Pelbagai kek
  • Air tebu dan sirap ros
  • Teh O panas

Kalau dah namanya pergi rumah Nenek Dinah, orang makan memang kurang segan silu. Semua juadah yang ada pun dia nak rasa. Bukan takat jamah, memang MAKAN sepuas hati. Pukul 4 petang, Mama pergi beli satay untuk tambah makanan yang dah mulai habis. Tu pun baru keluar dua tray satay, sekelip mata pun dah habis. SubhanAllah.

CYMERA_20150808_134551

CYMERA_20150808_134541

CYMERA_20150808_120749

ketupat_dan_lepet
Ketupat dan Lepet digantung. Bila nak makan, ambil dan potong sendiri. Ramai yang geram menengok ia bergantungan. Lepet tu lagilah, orang siap minta bawa pulang. Hahahaha.

Apa itu lepet?

Lepet adalah makanan tradisi Jawa. Diperbuat daripada beras pulut dan kelapa parut. Dibungkus dengan daun kelapa yang muda (janur) dan kemudiannya direbus hingga masak. Kebiasaannya lepet disediakan semasa kenduri kesyukuran untuk ibu yang hamil 7 bulan semasa mengandungkan anak sulung. Aku tak sempat pun nak makan, tau-tau aje dah habis. hehe.

IMG-20150808-WA0007
Berbaju sedondon
IMG-20150808-WA0002
Pencinta tembikai

Ada seorang tetamu yang datang, sembang-sembang dengan Mama. Pastu Darrell pun lepak dengan nenek dia. Tetamu tu dalam lingkungan awal 20-an, sedang dukung anak berusia lebih kurang 4 bulan. Pastu aku pun join lepak kat meja diorang. Noticed yang aku ni mak Darrell, tetamu tu tanya Mama, “Kenapa putih? (merujuk pada kulit Darrell)” “Mak dia makan Shaklee dari mengandung.” jawab Mama.

Bukan pertama kali Darrell dipersoalkan kenapa dia putih. Nak kata terguris dengan soalan tu, tak lah sangat. Cuma rasa lucu di dalam hati. Hitam sangat ke kami ni kekekekekeke.

IMG-20150808-WA0016

IMG-20150808-WA0018
Part of Hajjah Dinah clan 2015

p/s: Rindu, memang sangat rindu pada Nenek.

Preparation for Along’s big day

Salam semua 🙂
Hari Sabtu = hari bersama keluarga! 
Lama sangat tak berjalan shopping kain. Teruja iols sebab kakak ipar bakal bertunang dan bernikah tahun ni. KakMa terus offer diri jadi wedding planner tak bertauliah. Hahahahaha. Semua pengalaman kita, kita share ajelah. Tak best biar orang rasa susah sangat.
Since raya, aku dah drill Along tentang preparation nak bertunang, nikah dan bersanding. Antara yang jadi topik utama adalah :
  1. Pemilihan warna – ini paling penting untuk bakal-bakal pengantin. Once dah decide warna, hampir 50% masalah selesai. Seriosa! Kalau masih indecisive tentang warna, memang forever and ever lah stucked nak bincang pasal warna apa. Kalau boleh letak aje rainbow, tapi pening pulak. Hahaha.
  2. Design baju – Masa untuk belek majalah Pengantin! Takyah nak tengok yang latest sangat pun takpe. Tengok yang 5 tahun lepas pun ok, sebab biasanya design akan recycle semula, kan. Paling bagus, buat design yang classic. Tak ditelan zaman. MY BEST ADVICE : Jumpa tailor/designer kegemaran dahulu sebelum pergi beli kain (bagi yang mahu jahit sendiri dan tidak sewa di butik pengantin). Kenapa? Senang nak beli kain. Tidaklah berlaku kes kain tak cukup dan bakal pengantin kena pergi beli kain lagi pastu kain dah habis pulak dan frust lantas menambah kedut di muka pengantin. NO NO NO! 
  3. Hantaran – Berapa banyak nak bagi? Belah perempuan berapa, belah lelaki berapa? Haaa pastu, nak bagi apa? Senaraikan satu-satu, masa bertunang nak beri apa, masa nikah pula nak beri apa. Ada yang beri sekali harung masa bertunang, masa nikah cuma bawa mas kahwin dan hantaran dan bunga telur. Terserah pada pasangan yang sedang bercinta itu. Along buat 7 berbalas 9 untuk bertunang dan nikah.
Bagi aku, tiga perkara ini paling kritikal untuk decide, terutamanya tentang baju. Perkara berbangkit lain boleh dibincangkan dengan keluarga, seperti kad jemputan, catering, khemah, pelamin, dan lain-lain.

Ni hasil rembatan Along (di bawah pengaruh 55% oleh aku) kat Jakel petang tadi. Kami ke tailor di Kajang dahulu sebelum pergi beli kain. Bincang punya bincang, Along nak buat baju kurung moden untuk bertunang. Simple and sweet. Untuk nikah dah discuss juga dengan tailor, tapi belum beli kain lagi. Jadinya mula-mula kami cari material untuk baju tunang. Lace + Chiffon + Lining. I like! Jenuh juga melayan Darrell. Biasalah budak kecik kan. Janji semua orang happy 🙂
Dah siap membeli material tunang, aku ajak Along tengok kain songket pula. Kat Jakel ada jual kain songket yang boleh beli dalam bentuk meter. Berapa meter pun ko nak pun boleh. Sebab Mak suka songket, dan nak Along bersanding pakai songket. Boleh je sewa custom kat butik pengantin, tapi biasanya akan ambik masa pula. Paling tidak pun 6 bulan, kan? Sebab dia nak kena sub tempat lain buat songket, then sub lagi untuk jahit. Manalah tidak dia minta 6 bulan baru boleh siap. Kalau hantar kat tailor, 2 minggu je boleh siap. Pilihan di tangan anda 🙂
Pilih punya pilih, Along berkenan warna biru. Navy blue ke Royal blue ke KakMa tak tau nak beza. Yang aku tau, ianya cantik. Hehehe. Memanglah cantik sebab aku yang suggest. Macamlah aku ada share dengan Jakel pun hahahaha. Beli sekali harung untuk lelaki sekali. Ye lah, dah bersanding kenalah borong sekali untuk lelaki. Siap beli material songket tu untuk sampin dan tanjak untuk lelaki, dan kasut untuk Along. Tu diaaaa siapppp!
Semoga dipermudahkan urusan Along dari bertunang sampai hari kenduri. Aamiin.

Seronoknya berpantang dan rasa sihat

Salam semua 🙂

Hari ni saya nak share pengalaman saya berpantang dengan supplement Shaklee, terutamanya VIVIX. Saya berpantang pada Januari 2013 di rumah Mama saya. Selain postnatal set, saya add on juga VIVIX. Maklumlah kelahiran yang pertama, kalau boleh semua nak tip top. Alhamdulillah, memang tak salah pilihan saya dengan add on VIVIX disamping set postnatal yang saya ambil.
Antara yang dapat saya rasakan adalah saya rasa lebih cergas walaupun malam kena bangun beberapa kali untuk susukan anak. Cergas yang rasa nak jalan laju-laju. Mama pesan, jangan jalan laju sangat! Seram agaknya tengok anak dia jalan laju sangat. Nanti terlanggar apa-apa, ibu berpantang juga yang susah. Hehehe.
VIVIX diperbuat dari buah dan sayuran berwarna ungu
Selain tu, Alhamdulillah dikurniakan juga susu yang cukup untuk baby sepanjang tempoh berpantang. Badan pun takde sengal-sengal sangat walau kerap bangun duduk sebab nak susukan anak sambil duduk. Pendek kata, memang puas hati lah ambil VIVIX semasa berpantang walaupun hanya minum satu sudu kecil sehari. Sikit, tapi POWERFUL!
Ini screenshot testimoni pengguna VIVIX semasa berpantang. enjoy!
Mahukan berpantang dengan sihat dan ceria bersama si kecil? Jangan lupa amalkan VIVIX setiap hari semasa berpantang. Jadilah ibu berpantang yang kuat, cergas dan ceria!
Hubungi Ima melalui
WhatsApp : +60166605816
E-mel : ima367@gmail.com
hari ini juga! Saya tunggu pertanyaan anda 🙂

Muka berseri sewaktu hamil

Hamil dan bermuka pucat macam vampire?

Salam semua 🙂

Hari ni officemate tegur, “Eh Ima, kenapa muka you nampak pucat hari ni? Tengok perut sikit.” Apa kaitan tengok perut dengan muka pucat pun tak tau lah hahahaha. 

Perut makin ke depan, tapi muka makin pucat? Kasihan ibu mengandung ini. Hihihi.

Aku ni memang jenis tak suka pakai make up. Secalit bedak pun tak kuasa nak ku oleskan ke pipi gebuku ini. Time consuming for me. Allah beri rezeki terlewat bersiap nak ke kerja hari ni. Vitamins semua dalam beg balik kampung lagi. Malam tadi baru touchdown Kajang dari Melaka. Kelam-kabut punya pasal, semua pun kat rumah. Hati semangat waja nak mengajar, tapi badan lemau light-light. Pace kita ikut semampu kita ajelah ye.

Sebenarnya, antara sebab aku nampak pucat hari ni adalah sebab aku tak ambil multivitamin kegemaran aku pagi ni : Vita-Lea Iron Formula. Biasanya waktu pagi lepas sarapan, ambil dua biji Vita-Lea untuk tenaga tambahan. Pulaknya hari Isnin adalah hari aku ada kelas penuh. Pagi aje lab dah 3 jam. Petang ada kelas 2 jam. Habis kelas, melepek terus.

Kalau korang pun spesis tak suka pakai make up macam aku, pastikan makan makanan seimbang, minum banyak air, dan ambil vitamin yang boleh tampung kekurangan nutrisi dari pemakanan. Pilihan aku setiap hari, mestilah Vita-Lea Iron Formula daripada Shaklee.
Tips untuk bermekap untuk naikkan seri wajah >> http://pama.karangkraf.com/s-j/wajah-pucat-ketika-hamil-1.33472

p/s: Jangan sampai orang confused antara vampire dengan muka pucat korang ye….

Nutritional info of Vita-Lea

p/s lagi : Nak tau tak macam mana nak dapatkan Vita-Lea Iron Formula dengan PERCUMA? WhatsApp Ima kat +60166605816 untuk info lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat. Cepat, sebelum promosi habis!

Tips Ibu Mengandung
Tips untuk ibu mengandung 🙂

#throwback : Majlis Merisik Ima + Duff 16 September 2010

Salam semua.
Alhmdulillah lepas Asar tadi dah selamat merisik untuk adik ipar. Kat Melaka aje jugak. Dalam 20 minit perjalanan je dari rumah Babah. Takyah cerita pasal orang, kita throwback aje majlis merisik kita 5 tahun lalu hik hik hik *gelak miang*
Sebenarnya aku tak ingat pun bila exact tarikh merisik. Mujurlah upload gambar kat FB kan, pastu kat gambar tu pun ada tarikh. Yang aku ingat cuma masa tu hari raya. Raya ke berapa pun aku tak ingat. Hahaha.
Majlis merisik aku more to sesi jejak kasih. Happened to be yang Babah (my FIL) adalah anak buah kepada Cikgu Yassin. Cikgu Yassin ni ada (aku tak ingat lah apa nama connection ini. a little bit complicated tapi bukan negative punya complicated tau. cuma aku yang susah nak digest hahahaha) dengan Aunty Nora. Masa kat US dulu, Abah dan Mama yang uruskan perkahwinan Aunty Nora. Nikah, bersanding semua kat rumah kami masa kat US.
Kesimpulannya, aku dan Duff takde hubungan kekeluargaan (if you guys out there are wondering lah). Dan, tak seperti majlis merisik yang lain, orang-orang tua hanya sembang-sembang aje, takde discuss pasal bila nak wat majlis bertunang and what not. Katanya biar anak-anak discuss. Untunglaaa….
Sebab dalam suasana hari raya, kami pun happy happy makan kuih raya ajelah. Best best best. Boleh pulak dalam perjalanan balik dari merisik tadi, diorang pun throwback pasal majlis merisik kami. 
“Dulu Ima siap sarung cincin,kan?”
“Dah Mak Wek (nenek pada Duff) dok panggil KakMa nak sarung cincin, KakMa bagi je lah tangan”
“Hahahahaha gelojoh nak cincin!”
“Dah orang nak bagi, amik ajelah hihihihi”
Mak Wek (duduk) dan Arwah Nenek Dinah

cincin_belah_rotan
Cincin merisik. Belah rotan.
Satu yang aku baru tahu adalah tentang cara cincin merisik ini di hiaskan. Kotak cincin ni diletak atas kain saputangan putih. Bawah sapu tangan tu diletak gula batu yang diletakkan dalam mangkuk. So sweet kan ada gula batu bagai. Apa simboliknya aku pun tak tau. Tapi mengenangkan gula batu, teringat pula kat lengkong. Yummm sedapppp…

Almost 5 years ago majlis ni berlangsung. Alhamdulillah sedang menunggu cahaya mata kedua sekarang.

p/s: Rindu nenek…

Sihat sebelum sakit

Salam semua.

Masih mood raya, kan? Aku pun sama. Duduk je kat office sejak Rabu, tapi hati tertinggal kat kampung. Teringat balang kuih raya berisi kuih tat dan kerepek-kerepek kegemaran, bertukar-tukar cerita terkini dan yang akan berulang setiap kali raya. Oh seronoknya….

Dalam pada raya ni, ramai pula yang cari peluang untuk tambah duit. Anak-anak tambah duit dengan terima duit raya. Mak Bapak pula camne? Diorang boleh juga “tarik duit” dengan berkongsi cerita dan pengalaman sendiri. Masa berziarah ni lah paling sesuai untuk bertanya khabar dan juga berkongsi kisah.

Antara topik yang hangat diperbualkan adalah topik kesihatan. Baru je jatuh sakit, bile check tau tau aje dah cancer stage 4. Innalillah. Tak termasuk yang sakit-sakit “biasa” seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi.

Raya baru ini kami sekeluarga juga berkesempatan ziarah saudara belah suami yang diserang stroke. Anak yang bongsu pula sedang alami jantung berlubang. Baru beberapa bulan usianya. Semoga segera sembuh kedua bapa dan anak. Bagi kita yang sihat, hendaklah berjaga-jaga dengan pemakanan dan aktiviti harian. Ambil iktibar dari cerita-cerita di sekeliling kita, buat yang terbaik untuk keluarga. Bukan sahaja dari segi kesihatan, kewangan pun perlu dijaga.

Zaman sekarang, satu income untuk satu keluarga hampir mustahil. Boleh hidup, tapi cukup-cukup sahaja. Mungkin juga terpaksa ikut saranan penasihat kewangan dengan tidak balik beraya juga. Masa macam inilah, side income sangat membantu. Bukan untuk hidup bermewah-mewahan, tapi untuk bantu orang lain juga. Seperti side bisnes yang aku buat, seolah-olah serampang dua mata. Memberi manfaat kesihatan kepada orang, juga boleh dijadikan side income business. Win-win situation for distributor and customer.

Apa yang perlu dibuat? Hanya berkongsi kisah. Tidak memaksa orang untuk membeli. Kita sendiri guna dan rasa perbezaannya, kita kongsi kisah itu dengan orang lain. Orang terima, alhamdulillah. Orang tak terima, alhamdulillah juga, kita tak rugi apa-apa. Repeat.

Harapan aku adalah semua orang yang aku kenal akan sentiasa sihat. Aamiin.

Nak mulakan side income anda? Hubungi Ima melalui WhatsApp +60166605816 atau e-mail kepada ima367@gmail.com dan saya akan hantarkan proposal bisnes Shaklee kepada anda.

Mi Kari Cina

Sejak bulan puasa teringin nak makan mi kari style orang Cina punya. Ada dua je option, sama ada pergi makan kat gerai orang Cina, atau makan kat Old Town. Ada lagi satu option sebenarnya, tapi kena pergi Taman U Skudai. Jauh sangat tu…

First time aku kenal mi kari style Cina ni masa makan kat Taman U. Gerai tu kat gerai sebelah pasar. Bakdin lah yang ajar. Ada beza mi kari yang orang Melayu buat dengan orang Cina buat. Mi kari Cina ni kuahnya lebih nipis, tapi full of flavours. Pastu ada tauhu rompong tu, fucuk goreng, the best fishball you can get, dan juga kerang. Rasa dia? Best in the world! Tu masa zaman belajar kat UTM, dah lama tak makan mi kari style begitu.

Malam tadi berkesempatan lah kami mengunjungi Old Town kat Bandar Baru Bangi. Kita hirup dulu! Alhamdulillah sedap seperti yang dijangka. Cumanya takde kerang. Aku ambil mini bowl Mi Kari, suami ambil Pan Mee Kari. Roti bakar untuk Darrell.

Alhamdulillah craving untuk mi kari style Cina dah boleh cross out dari list 🙂

Mak kena diabetes!

Salam semua 🙂
Hari ni tertarik dengan kisah yang mentor saya share di FB. Macam mana healing crisis yang berlaku dan apa kesan selepas menggunakan VIVIX untuk mereka yang menghidap diabetes. Dalam keluarga saya, Abah ada diabetes. Dikesan semasa buat medical checkup untuk pergi haji pada tahun 2009. Setelah dikatakan ada diabetes, Abah terus kawal makan. Nasi stop. Makan roti wholemeal sahaja dengan lauk pauk. Masa tu kami belum kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah diabetes abah terkawal sampai sekarang. Ya, Abah tak makan nasi sampai sekarang. Paling hebat pun seminggu sekali aje makan nasi. Masih dengan diet roti atau lempeng untuk lunch dan dinner.
Jemput baca perkongsian testimoni tentang bagaimana VIVIX membantu Mak mereka dalam menghadapi diabetes.

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Nak bantu yang tersayang bebas diabetes? Contact Ima menerusi WhatsApp di +60166605816 atau e-mel kepada ima367@gmail.com untuk cadangan dan pembelian.